Landmark Study Shaklee

Landmark Study Shaklee Bukan Cerita Karut dan Provoke

Category: Landmark Study Shaklee Written by Kak Kenari / September 26, 2016
kak-kenari-master-lyna

Kak kenari sebenarnya tak ambik port pon pasal landmark study shaklee ni walaupun dalam grup besar keluarga shaklee kak kenari memang dok provoke pasal landmark study shaklee ni. Tapi kak kenari tidakla sampai tahap sampai ingat landmark study shaklee ni satu benda cerita karut. Bukan begitu tau! Yang kak kenari boleh ingat berkali-kali disebutkan yang landmark study shaklee best sangat sampai orang lain yang tak pilih suplemen brand shaklee patutnya seperti orang-orang yang kurang bertuah gitu. Amboi dasyatnya statement tu kak kenari oi…sungguh ka gitu. Apa brand lain tu cikai sangat ka? Maafla ye. Bagi kak kenari brand-brand lain yang sudah tersohor memang bagus juga. Tapi kak kenari pon tak tau bagus tera mana sebab kak kenari mengamalkan suplemen brand shaklee. Kalau yang brand-brand lain yang memang dah lama tersontot yang tu pon kak kenari tak tahu juga ya. Takdek member nak gosip dengan kak kenari tentang brand-brand yang dah tersontot. Brand yang sebut berdambell dumbbell kak kenari cuma kenal wajah Dato’ Vida la sebab kerap dok iklan kat tv3. ;). Comel Dato’ Vida dan Jus Pamoga.

Ok ni kak kenari nak cerita sejak bila kak kenari mula minat dengan cerita landmark study shaklee ni. Mula tu kak kenari pergi branch shaklee penang sebab nak dengar sharing namanya “Orlando Tour” yang disampaikan oleh super upline kak kenari iaitu Master Z. Walaupun jarak rumah kak kenari dengan branch penang ni agak jauh sampai nak kena cross penang bridge, dan walaupun sorang2 kak kenari tetap semangat juga nak dengar sharing Orlando Tour ni sebabnya Master Z ni ada promise konon nak tunjuk income shaklee dia yang dia n wife dia Master Lyna pernah dapat untuk sebulan iaitu sebuah angka yang lebih kurang lagi 250k nak cecah 1 juta. Tak ke gilak sampai kak kenari ni teruja benar. Bukan kak kenari teruja nak dengar sharing Orlando Tour sangat pon, sharing landmark study shaklee apatah lagi kak kenari tak ambik port pon :p tapi lebih teruja nak tengok statement bonus tu main2 ke sungguh2. Hahaha. Upline kak kenari yang mula hanya kak kenari kenal secara online Lin Chalo pon rasa surprise kak kenari boleh pergi sebab kak kenari ala kunun malu2 gitew. Hihi.. memang malu le masa sampai branch penang shaklee ni sorang pon kak kenari tak kenal yang ada kat situ. Master Z n Master Lyna yang hot dalam grup besar shaklee kak kenari tentulah kak kenari kenal. Kak kenari buat tebal muka la ambik seat. Lagipon rasa lega juga sekurang2nya kak kenari sampai ontime sebelum sharing oleh Master Z bermula. Kalau masuk lambat lagi segan le kan, nanti takut jadi retis orang dok tengok. Kak kenari ni low profile orangnya. Hihi. Master Z tegur kak kenari. Kak ni nama apa? Kak kenari pon jawab la nama betul kak kenari. Master Z ni macam blur je. Tak pernah dengar la tu. Kalau cakap nama fb maybe dia tak blur sangat sebab kak kenari isi borang setuju nak datang dengar sharing tu letak nama fb. Saja la kak kenari tak bagitau nama fb sebab nanti dia taula kak kenari ni sapa..pengedar bebas shaklee usm penang yang blog bertahun tak ada entry baru..ahaks. sale shaklee pon suam2 je dah tak meletop macam rancangan meletop. Hahaha…

Ok, bila dah jam 10.15 pagi kot, sharing pon bermula oleh Master Z ni. Master Z ni mula2 kak kenari rasa cam kelakar la.. sebab Master Z ni pada pandangan kak kenari la bukan seorang yang kelakar tapi dia cuba la nak buat banyak jokes supaya downline2 yang datang suka dan istiqamah dengar apa yang dia cakapkan. Hahaha. Kak kenari masa tu muka n mulut tengah flare nak senyum pon sakit  tapi sebab kelakar Master Z ni menjadi mestila kak kenari tersenyum. Hihi.. (Muka n mulut kak kenari memang ada masanya akan flare. Kak kenari tak pasti sebab apa flare dan kak kenari ingat mungkin itu ialah proses pemulihan candida overgrowth kot yang dialami oleh kak kenari. Ubat2 klinik dah bertahun kak kenari tak telan sebab kak kenari amalkan secara natural home remedies gitu.)

Part Landmark Study Shaklee yang Master Z sharing mula mendapat perhatian kak kenari. Rupa-rupanya ada kisah gosip di sebalik tu bagaimana CEO Shaklee iatu Mr. Roger Barnett nak sangat buat Landmark Study untuk produk Shaklee ni. Bagi kak kenari memang satu tindakan ‘berani’ la. Gilak ke apa Roger Barnett ni kalau result landmark study ni menunjukkan yang suplemen shaklee ni tak berkesan kat pengguna shaklee mesti dah tentu kepercayaan orang kepada produk shaklee tergugat. Kalau result landmark study shaklee ni tak berjaya membuktikan produk shaklee ni berkesan jadi moto shaklee yang konon produk shaklee ni selamat semulajadi dan berkesan tu tipula. Haa tu dia. Ok jom klik yang seterusnya kalau anda nak tahu pasal kisah gosip landmark study shaklee ni yang disampaikan oleh Master Z yang telah mencuri perhatian kak kenari walaupon sebelum ni kak kenari tak ambik port pon, dan dah lupa juga pasal bonus shaklee tu. Dan bawah ada sikit gambar sharing kat branch shaklee penang dan tentulah eksklusif gambar kak kenari bersama Master Lyna yang sangat cantik kulitnya. Pinkish2 taw. Tapi Master Lyna ni kalau tengok dalam gambar nampak biasa2 je. Dah jumpa real baru nampak sebenar betapa cantik kulit muka Master Lyna ni.  Rasa nak tanya apa rahsia dia kulit cantik tapi tak tanya pon. Hihihi. Malu le ai nak tanya sebab baru first time bertemu tew. Ahaks

Shaklee Penang Branch

Shaklee Penang Branch

Shaklee Penang Branch

Shaklee Penang Branch

 

 

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com