Panduan Ibu Mengandung

Panduan Ibu Mengandung

Mengandung Makan Set Shaklee Bahaya Atau Bagus Untuk Baby

Category: Panduan Ibu Mengandung Written by Kak Kenari / September 28, 2014
Set Mengandung Shaklee

Salam sejahtera semua, harap semua sihat :) masa berlalu dan berlalu, kak kenari sekarang dah pun habis melalui fasa mengandung trimester kedua, maksudnya dah lalui detik-detik mengandung masa masa 4 bulan, 5 bulan dan 6 bulan. Dan kak kenari masih lagi teruskan makan suplemen dan vitamin Shaklee ni. Alhamdulillah kalau masa trimester pertama badan kak kenari begitu banyak makanan yang tak sesuai dan tak serasi dengan kak kenari termasuk la set mengandung Shaklee, tapi bila masuk trimester kedua alahan, loya dan muntah-muntah makin berkurang. Jadi, kak kenari rasa lega sikit la sebab kak kenari betul-betul tak larat masa muntah-muntah, badan berangin dan perut masuk angin macam mengandung banyak bulan dah.

Masa jumpa doktor untuk check up pon kak kenari ada bagitau dah doktor, badan kak kenari berangin sangat-sangat. Doktor kata biasala lagi tak habis trimester pertama ni. Doktor ada tanya kat kak kenari ambil vitamin apa or suplemen apa mengandung kali ni. Doktor tanya sebab dia nak bagi kak kenari vitamin kalau kak kenari tak ada vitamin lagi. Kata doktor kita kena makan vitamin untuk maintain tahap kesihatan kita dan bagus untuk perkembangan baby juga. Bila kak kenari bagitau doktor kak kenari makan suplemen dan vitamin shaklee yang set mengandung punya, doktor kata teruskan makan dan dia tak perlu bagi kak kenari vitamin or suplemen lagi. Lagipun doktor kata Shaklee ni dah lama dah ada dalam pasaran, memang dari segi kehalalan dah terbukti halal pon walaupun ada orang yang masih belum jelas lagi. Dalam hati kak kenari, wah doktor ni bagus la, tak ada kondem produk orang lain. Teringat pulak kak kenari kat nurse klinik kerajaan yang kak kenari pergi check-up tu. Dia lak macam anti shaklee je, hehe. Klik sini kalau korang nak baca entry kak kenari pasal nurse yang tak puas hati tu. Kak kenari ni yang jual produk Shaklee ni memang biasa ada orang tanya produk Shaklee ni memang terbukti ke tak bahaya pada kita, sebab saya ada dengar, bla, bla, bla… hihihi tu soalan-soalan customer yang harus dilayan sebaik mungkin.

Ok sambung yang tadi, doktor pesan juga, jaga makan untuk kesihatan kita dan kesihatan baby. Kak kenari tanya la doktor tu bahaya tak untuk baby kalau kita tak jaga kesihatan kita. Jadi doktor pon respon la, memang la ada orang makan hentam kromo je, tapi yang sebenarnya lagi baik kita jaga kesihatan kita. Doktor bagitau lagi bila kita jaga kesihatan, baby kita peluang dia tinggi untuk terhindar daripada gejala atau sakit yang bahaya. Antara yang doktor bagitau jaundis, anemia dan talasemia. Tapi last advise doktor hari tu dia bagitau kak kenari jangan risau la sangat, kata doktor, InsyaAllah baby okay :) Lagipun doktor pesan-pesan lagi vitamin Shaklee yang set mengandung tu kena rajin makan, hihihi.. amboi doktor ni macam tahu saja kak kenari ni ada miss makan vitamin.

Okay, sekarang kak kenari nak detail sikit antara produk Shaklee bagi set mengandung, teruskan baca kat bawah tu ok :)

Set Mengandung Shaklee ini terdiri daripada vitamin-vitamin seperti di bawah:

1. B-complex with folic acid.

  • B-complex Shaklee ni terdiri daripada 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B9(folic acid), B12, biotin dan panthothenic acid.
  • Selain B9 iaitu folic acid penting untuk tumbesaran baby, B12 pun sangat penting juga. Pastikan B-complex yang kita ambil tu mesti ada jugak vitamin B12 ni.
  • B12 ini berfungsi menukarkan makanan yang kita makan dalam bentuk tenaga. Jadi tak ada lah kita hadapi masalah berat badan naik mendadak ke kalau kita memang suka makan atau susah nak kawal makan, hihi.. biasala ibu mengandung.. makan untuk 2 orang..
  • B12 juga diperlukan untuk membina protein dalam badan, membina sel-sel darah merah, dan fungsi normal tisu saraf.
B Complex Shaklee

B Complex Shaklee

2. Vitalea with iron formula

Vitalea shaklee sangat istimewa kerana terdiri daripada 28 jenis vitamin dan mineral. Antaranya ialah iron, kalsium dan vitamin D. Semua komponen ni penting untuk ibu mengandung.

  • Iron berfungsi untuk mengangkut oksigen ke suluruh bahagian badan termasuklah mensalurkan oksigen kepada bayi dalam kandungan ibu melalui plasenta.
  • Iron penting untuk pembentukan sel darah merah yang baru bagi ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Pengambilan iron boleh digandakan bagi ibu apabila kandungan mula memasuki fasa trimester kedua dan ketiga bagi memastikan kandungan iron dalam badan ibu mencukupi. Ini kerana bayi makin membesar dan jumlah isipadu darah dalam badan ibu makin meningkat.
  • Vitalea boleh diambil 2 tablet sekaligus sehari pada masa trimester kedua dan ketiga ini.
  • Mengikut kajian ibu mengandung memerlukan 27 mg iron sehari.
  • Kekurangan iron atau zat besi ini boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami anemia iaitu kerap rasa letih.
Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee

3. Vitamin C sustain released 500 mg

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Ia juga dikenali sebagai antioksidan. Antioksidan penting untuk melindungi tubuh kita daripada serangan radikal bebas. Selain itu bagi ibu mengandung vitamin C berfungsi untuk:

  • Berupaya mengubah iron atau zat besi untuk diserap lebih baik ke dalam usus. Kombinasi iron dan vitamin C dapat meningkatkan penyerapan iron dalam badan kita.
  • Vitamin C juga perlu untuk penghasilan kolagen dan protein dalam badan kita. Kolagen diperlukan untuk menyokong struktur kulit dan tulang kita.
  • Vitamin C juga penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka, membaiki struktur tisu badan dan juga mengekalkan tahap kesihatan tulang dan gigi.
  • Vitamin C juga penting untuk neurotransmitter otak kita. Neurotransmitter otak adalah isyarat yang membawa fikiran, perasaan dan arahan otak kita dan seluruh sistem saraf.
Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee

4. Osteomatrix with calcium, magnesium & vitamin D

Osteomatrix shaklee ialah satu pakej gabungan lengkap kalsium, magnesium, vitamin D, zink, fosforus dan mineral-mineral lain seperti boron dan manganese. Jumlah kalsium dalam 1 tablet osteomatrix ialah 250 mg. Ibu mengandung memerlukan 1000 mg calcium setiap hari. Kelebihan osteomatrix shaklee ialah:

  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan tulang dan gigi bagi ibu dan bayi.
  • Boron pula ibarat simen yang menyambung tulang-tulang dalam tubuh kita
  • Kalsium diperlukan untuk penyerapan optimum vitamin B12 yang berfungsi mengawal sistem saraf dan pembinaan sel darah merah.
  • Gabungan kalsium dan vitamin C dalam membantu penyerapan yang optima dalam badan kita
  • Gabungan kalsium dan magnesium dapat melembutkan najis sekaligus dapat mengurangkan masalah sembelit yang selalu terjadi pada ibu mengandung.
  • Kalsium juga memerlukan vitamin D untuk penyerapan yang baik dan mengurangkan migrain.
Osteomatrix Shaklee

Osteomatrix Shaklee

5. Omegaguard with fish oil

Omegaguard Shaklee mempunyai gabungan 7 spektrum terbaik termasuk DHA, ALA dan EPA. Omegaguard shaklee bersumberkan omega-3. Omegaguard shaklee sangat istimewa kerana:

  • DHA dan EPA sangat penting untuk perkembangan retina mata dan otak bayi.
  • ALA pula boleh mengawal berat badan, merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko sakit jantung dan memberi tenaga.
  • Omega-3 juga boleh mengurangkan eczema, alahan kulit, mencegah strok, mengurangkan sakit sendi, serta mengurangkan keradangan dan bengkak.
  • Terdapat sebanyak 85% omega-3 dalam omegaguard shaklee ini.
Omegaguard Shaklee

Omegaguard Shaklee

6. Energising soy protein (ESP)

ESP merupakan protein soya non-gmo yang bermaksud protein ini bebas daripada pengubahsuaian genetik. Keistimewaan ESP shaklee ini ialah:

  • Merupakan sumber protein soya terbaik di pasaran kerana soya ini diproses menggunakan air dan bukan bahan kimia seperti kebanyakan jenama soya di pasaran.
  • Protein penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dan juga diperlukan untuk membaiki sel-sel tisu yang telah rosak dalam badan kita
  • ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan 9 daripadanya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu penting untuk kita mendapatkannya daripada sumber makanan.
  • ESP dapat membekalkan tenaga segera kepada ibu mengandung bagi menggantikan sama ada sarapan, lunch atau makan malam.
ESP Shaklee

ESP Shaklee

Begitulah faedah dan kebaikan yang akan ibu mengandung peroleh jika mengamalkan Set Mengandug Shaklee ini. Harga pasaran bagi set mengandung ini ialah seperti di bawah:

Product
Size per bottle
Price (RM)
Lifetime
B-Complex with folic acid120 tablet53.754 months
Vitalea with iron120 tablet88.754 months
Vitamin C 180 tablet92.506 months
Osteomatrix with calcium120 tablet611-2 months (depend intake daily)
Omegaguard with fish oil90 softgel1361-2 months (depend intake daily)
ESP - protein850 g powder1501-2 months (depend intake daily)
Big total582

Set Mengandung Shaklee ini memang tahan berbulan-bulan dan boleh tahan sampai ibu nak bersalin. Produk-produk dalam Set Bersalin Shaklee juga sama dengan Set Mengandung, jadi kalau belum habis, ibu boleh terus sambung makan Set Mengandung ini ketika bersalin. Dan jika sudah habis jangan lupa ya, order dengan kak kenari.

Klik disini untuk beli sendiri dan hubungi kak kenari untuk konsultasi dan cara makan.

Jika mahu membeli direct dengan kak kenari, boleh hubungi kak kenari sekarang ya.

Hubungi kak kenari sekarang :)

Tel:

0174556648

Emel:

kenariputih9727@gmail.com

 

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com