Panduan Ibu Mengandung

Panduan Ibu Mengandung

Senarai Kelengkapan Untuk Baby Baru Yang Dinantikan

Category: Panduan Ibu Mengandung Written by Kak Kenari / April 27, 2014
gambar kelengkapan bayi

Assalam semua. Kali ni kak kenari nak list down senarai kelengkapan untuk baby baru. Untuk anda semua yang bakal bersalin tak lama lagi bolehla ambil listing ni untuk dijadikan panduan. Kehadiran baby baru pastinya sangat dinantikan oleh seisi keluarga. 

1. Pampers newborn – ok, jangan beli pampers saiz lain tau. Baby yang baru lahir ni dia kecik ja biasa dalam 2.5 kg ke 4 kg. Jadi dia memang tak sesuai guna pampers saiz lain. Yang size newborn saja ok.

2. Barut baby – Barut ni memang penting. Sebabnya kalau kita tak pakaikan baby dengan barut, perut baby mudah masuk angin. Jadi kena selalu pakaikan barut baby ni. Kalau kak kenari suka barut yang bertali. Berapa barut nak beli? Kalau kak kenari, kak kenari beli 10 helai terus.

3. Sarung tangan n sarung kaki baby – memang kena ada tau sebab baby ni kulit dia nipis. Jadi badan dia senang nak masuk angin kalau kita tak pakaikan dia dgn sarung tangan n sarung kaki ni. Lagi satu sebab takut dia cakar muka dia nant boleh luka. Bukan takat kita bagi baby pakai time malam, time siang pon kita bg pakai tau. Melihat dan menjaga baby dalam pantang ni memang satu pengalaman yg sangat indah. Bau baby best :-)

4. Minyak telon & Minyak yuyi – bagi kak kenari 2-2 minyak ni penting. Macam minyak telon kak kenari sapu kat ari-ari baby tu. Minyak yuyi kak kenari sapu kat kaki. Kat dada dia n kat belakang badan just letak layang2 minyak telon. Kat bahagian tapak kaki n betis dia kak kenari letak minyak yuyi. Letak layang2 jugak sebab minyak yuyi ni lagi panas daripada minyak telon.

5. Baju lubang2 dan seluar lubang2. – baju ni pakaikan pada baby pada waktu siang. Kalau boleh beli yang baju tak ada lengan tu. Yang tu baby selesa sgt. Sebab masa siang or apalagi masa malam kita biasa akan bedung baby kan. Jadi elok kita masa siang sebab biasa siang panas sikit kan jadi kita pakaikan baju lubang2 ni dan kita bedung baby. Jadi walaupun baby kita dah bedung dia tak la akan rasa panas sgt masa siang.

6. Kain bedung – kain ni pon penting jugak. Atau kita boleh ambil kain lampin buat bedung dia. Macam2 brand ada kan. Brand Anakku antara yang best dan murah le kan harganya. Kain dia pon sejuk. Tujuan kita bedung baby ni sebab kita tak mau bagi baby ni terkejut kalau dia terdengar apa2 ke masa dia tengah tidur. Sebab baby ni bagi dia, dunia ni tempat baru dia lepas dah 9 bulan dia kat dunia rahim ibu dia. Alam rahim dan alam dunia ni tak sama bagi baby. Jadi bila dia terkejut masa tgh tidur dan baby kita pakaikan bedung, dia takla terkejut dan akan tidur balik. Kalau kita tak bedung n baby terkejut haa apalagi melalak la baby tu kan.. Hihi..

7. Cotton bud - apalagi cotton bud ni untuk cuci telinga baby la. N boleh juga kita buat cuci hidung dia kot nak buang tahi hidung dia kan, tahi mata n lagi satu cuci pusat dia. Beli cotton bud yg halus tu. Yang halus tu memang sesuai untuk baby. Jangan yang besar tu tak sesuai dengan baby.

8. Espirit – Espirit ni kena la ada juga sebab fungsi dia untuk cuci pusat baby. Kita kena pastikan pusat baby ni ok n bersih selalu. Kena check selalu pusat dia. Baby ni kadang2 kalau dia dok nangis tak tentu hala tu maybe dia sakit pusat. Kesian kan. Memang la kita ni macam takut2 tapi kita kena la beranikan diri nak bersihkan pusat baby tau. Lagi selalu bersih lagi cepat pusat baby ni jadi elok.

9. Minyak gamat – kak kenari akan sapukan pada pusat bayi bila pusat bayi dah tanggal. Tengok juga keadaan yang sesuai untuk sapu minyak gamat ni kat pusat baby. Cara2 nak sapu pon ada cara2 dia dan kenapa kena sapu macam seperti yang disuruh tu. Cara dia sapu minyak kat pusat dia dan ambil ibu jari kita tekan kat pusat dia ikut arah jam. Tujuan dia tak mau bagi pusat baby ni tersembul keluar kalau kita tak buat macam tu.

10. Wet tisu atau tisu basah – tisu basah ni untuk kita lap punggung bayi bila dia buang air besar nanti. Kalau baby berak sikit2 tu kita lap dgn tisu basah saja tak perlu kita basuh kat paip. Sebab kulit baby ni dia sensitif dan masih nipis lagi. Tak elok kulit dia selalu sgt kena air nanti kulit dia akan melecet.

11. Spray air – buat apa lagi spray air ni nak spray anu n punggung baby le bila dia kencing n berak.

12. Cream – cream ni boleh kita nak standby cream baby johnson yg warna biru atau cream drapolene or lagi satu cream pureen yang warna pink tu.  Or lagi satu boleh beli cream kat farmasi. Bagi tau org farmasi tu nak cream untuk baby yang kulit dia makan air. Kita standby cream2 ni siap2. Kalau kata nanti masa kita dalam pantang punggung baby or kulit dia melecet, kita sapu kan la cream ni.

13. Micozol cream – cream ni untuk kita standby nak sapu kat lidah baby. Sebabnya bila baby hanya minum susu kita je or susu formula, lidah dia akan lekat susu. Jadi untuk hilangkan susu tu kat lidah dia, kita bg air masak dulu. Bukan bg banyak tau, bagi sikit saja. Kalau susu tu dia dah hilang n dah tak ada kat lidah dia, kira ok dah. Tapi kalau tak hilang kita sapu la sikit cream micozol ni kat lidah dia dgn gunakan cotton bud.

14. Baju lengan panjang – baju ni utk kita pakaikan baby waktu malam. Waktu malam kan sejuk. Or kita boleh pakaikan baju ni masa hari hujan.

15. Botol susu baby – botol susu ni ada la kan. Walaupun kita bercadang nak fully breastfeeding tapi elok kita standby 1 set botol pon takpa. Lagipon kalau kita nak menyusu badan pon, boleh kita simpan stok susu dalam botol susu ni kan.

16. Puting botol susu – Untuk baby baru, puting botol susu mesti sama puting size newborn or if tak ada size newborn ambil size S.

17. Susu formula – susu ni pon tak perlu kita beli banyak. Just untuk standby saja. Sebab baby ni seboleh-bolehnya kita bagi dia minum susu kita dulu. Jangan bagi dia susu formula lagi. Biar dia biasa minum susu kita direct untuk merangsang pengeluaran air susu kita cepat2.

18. Changing mat – changing mat ni ialah lapik getah. Kita gunakan masa nak salin pampers baby, iaitu masa dia kencing dan berak. Kita alas la supaya masa kita salin pampers tu kot baby ni terpancut ke, jadi kena je dekat changing mat ni. Jadi takla basah tilam baby tu kan. Hihi.

18. Tilam Baby – Tilam la untuk bagi baby tidur.

19. Buaian – Buaian ni ikut juga la, ada orang tak mau anak dia tidur buaian. Anak kak kenai semua tidur dalam buaian. Buaian letrik lagi. Ok la tak banyak songeh semua. Kalau masih baby, gunakan kelajuan buaian yang paling slow. Ada kata tak elok, memang la kak kenari pon sokong juga bab tu, penggunaan buaian ni harus hati2 sgt.

20. Berus basuh botol susu – Nak buat apa lagi berus ni, mesti la untuk senang basuh botol sususu kan.

21. Minyak zaitun or Olive Oil – Minyak zaitun ni biasa kak kenari sapu kat kulit baby buat macam lotion tu. Anak kak kenari ni kulit diorang agak sensitif dengan lotion macam johnson n johnson ke, so kak kenari lagi pilih minyak zaitun ni sebab lebih sesuai dengan baby kak kenari.

22. Car Seat – Boleh beli sekiranya perlu terutama bagi working mommy, nanti nak hantar anak kan ke nursery.

23. Pam susu – Pam susu ni untuk ibunya. Bukan untuk baby. >_<

24. Tuala Baby – Yang ni tuala baby ni sediakan le 1-3 helai, buat baby untuk mandi kan. Hihi

25. Baby cot – Baby cot ni mungkin berguna kalau kita ada anak lain. Anak yang kecil juga. Jadi kita letak la baby kita dalam baby cot ni supaya tak ada orang kacau dia. Seemestinya anak kita yang lain tu. Hihi

26. Kapas bulat – Kapas ni untuk kita cuci pusat baby ok. Maybe kalau lepas-lepas tu kita cuci kulit baby kot ada tak bersih ke kan, jadi boleh gunakan kapas ni. 

Okey itulah serba sedikit listing nak sambut kedatangan baby baru.  Harap ibu-ibu semua mendapat sedikit maklumat tentang kelengkapan baby ya. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh tanyakan pada kak kenari ya seperti di bawah:

Email: kenariputih9727@gmail.com

No.hs: 0174556648

 

 

 

 

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com