Panduan Ibu Mengandung

Panduan Ibu Mengandung

Set Mengandung Shaklee Alahan Teruk Muntah Loya Boleh Makan Tak Ye

Category: Panduan Ibu Mengandung Written by Kak Kenari / September 6, 2014
Set Mengandung Shaklee

Assalam semua. Kali ni kak kenari nak cerita pasal kisah mengandung kak kenari kali ni. Baby kak kenari kali ni memang baby Shaklee walaupun tak ada la hari-hari telan suplemen Shaklee kan. Tapi memang kali ni tak makan vitamin daripada klinik, hanya makan set mengandung Shaklee saja. Kak kenari dah masuk 6 bulan dah mengandung. Mengandung kali ni tak sama macam anak kedua dan pertama. Yang pertama dan kedua dulu, alahan mengandung sekejap saja, hanya pada trimester pertama. Masuk saja bulan keempat dan kelima kak kenari dah tak ada dah alahan teruk muntah loya tu. Keadaan mengandung kali ketiga ni la paling banyak alahan sekali. Masa bulan pertama, kedua dan ketiga, pagi-pagi mula la rasa nak muntah. Jadi, sebelum keluar rumah nak pergi kerja tu kak kenari, uwek2 dulu. Lepas muntah tu biasala, letih kan. Apa yang kak kenari makan semalam pon dah keluar balik. Memang rasa macam tak mau pergi kerja, tapi gagah jugak la. Kadang-kadang sambil pegang stereng kereta tu tekak memang rasa meloya je, jadi kak kenari kalo rasa kepala macam pening dan rasa nak muntah, kak kenari kejap2 buka aircon kejap buka tingkap. Pernah jugak kak kenari berhenti tepi jalan sebab rasa loya macam nak muntah sangat, nak terus driving pon dah risau takut muntah atas baju, hehehe… Gitu la pengalaman kak kenari. (Klik sini untuk tahu tentang set mengandung Shaklee)

Dan masa kandungan kak kenari bulan pertama, kedua dan ketiga ni, bukan kak kenari sorang saja yang kena alahan, anak-anak kak kenari dan husband pon ada terkena sikit alahan tu. Anak kak kenari yang kedua tu yang start dulu, muntah. Memang heran betol kak kenari, malam tu anak kak kenari yang nombor dua ni punyala aktif main, tak ada tanda nak sakit pon, tapi rupanya masa pagi jam 4 pagi macam tu, tiba-tiba dia muntah. Banyak pulak tu.. habis la baju kak kenari, hihihi… lepas dia muntah badan dia pon dah start panas-panas, hem dia nak mula demam la tu kan.. gitu la.. kak kenari mula tu tak terfikir kata dia kena alahan, bos tempat kerja kak kenari yang cakap gitu sebab hari tu kak kenari ambil cuti emergency nak jaga anak kak kenari ni. Lepas 3-4 hari demam dan muntah, anak kak kenari pun sembuh la, sambung dengan anak kak kenari yang nombor satu pulak termasuk husband, hihihi.. kak kenari macam biasa masih alahan loya dan muntah pada waktu pagi dan malam selalunya. Kadang-kadang sepanjang hari. Dekat ofis pon, ada kawan-kawan sepejabat yang terdengar kak kenari uwek2 kat toilet dan tanya kat kenari “ada baby pulak ke?” kak kenari iyekan je, hihihi.. lagi satu badan berangin tu memang dah tentula kan. Bayangkan, kak kenari baru ngandung 2 bulan, sebab badan dok berangin jadi perut nampak macam mengandung 4 bulan, adoila… Sapu minyak sana sini. Tapi masih lagi mengalami alahan mengandung. Awal-awal mengandung tu memang kak kenari ada pergi berurut 3-5 kali jugak dengan makcik urut yang biasa urut kak kenari tu. Sebenarnya berurut ni tak elok sangat untuk early pregnancy, tapi bukan untuk semua orang la, ikut orang jugak tau. Macam kak kenari, okay urut-urut ni, minyak yang makcik urut tu guna urut kak kenari pon bukan minyak panas kebaboom, dia guna minyak anugerah. Minyak anugerah ni tak panas kebaboom pon.

Ok, walaupun masa mengandung ni keadaan kesihatan kak kenari teruk selalu  alahan loya dan muntah, kak kenari ambil juga vitamin dan suplemen shaklee untuk kandungan kak kenari ni. Kak kenari tak ada la makan langsung tak miss tu. Memang ada hari yang kak kenari miss makan suplemen atau vitamin shaklee ni. Kadang tu kak kenari lupa, kadang tu memang kak kenari dah makan, tapi lepas makan tu muntah balik vitamin tu. Biasala lepas muntah kak kenari akan letih dan rasa takut je nak makan dan telan vitamin-vitamin mengandung shaklee yang kak kenari dah beli ni. Sebenarnya vitamin dan suplemen shaklee yang kak kenari ambil ni okay, bukan la vitamin atau suplemen terlarang pon. Cuma badan kak kenari ni tak boleh lagi nak terima makanan termasukla vitamin dan suplemen mengandung shaklee ni. Masa bulan pertama, kedua dan ketiga kak kenari memang fobia je nak makan apa-apa pon. Salah makan kalau kak kenari tak muntah, badan kak kenari tak habis buang angin, sendawa tak berenti-henti. Kesian gak le orang sebelah kak kenari kerjanya asyik dengar kak kenari sendawa. Sabar ajala dia tu kan.. hihihi.

Okla stop sini dulu ok, kalau anda berminat nak tau lebih lanjut tentang set mengandung Shaklee yang kak kenari amalkan, boleh klik sini.

Entry yang lain kak kenari nak cerita pasal alahan mengandung  yang jadi masa bulan keempat kak kenari mengandung. 

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com