Panduan Kecantikan

Khasiat ESP Shaklee Menggebukan Kulit Wanita

Category: Panduan Kecantikan Written by Kak Kenari / April 18, 2014
Set Kulit Cantik Eksklusif

Salam dan Good Day.. You all semua apa kabar? Harap you all semua in good condition tau. Untuk kali ni, kak kenari nak cerita pasal khasiat ESP Shaklee. Salah satu khasiat ESP Shaklee ni dapat menggebukan kulit wanita. Haa apa macam wanita? Teruja tak dengan ESP Shaklee ni? Kak kenari ni salah seorang wanita yang memang peminat ESP Shaklee ni. Bak kata sayang nak tinggal la. Dulu kak kenari ada la terskip minum ESP Shaklee ni dalam 2 bulan sebab stok kat rumah kak kenari kerap benar kak kenari terpaksa bagi dulu kat customer kak kenari yang order. Mereka pon sama macam kak kenari dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee ni. Masing-masing mahu diri mereka mendapat khasiat dan kebaikan ESP Shaklee ni. Antara customer kak kenari ni ada yang nak bagi kulit gebu, ada yang nak hilangkan parut jerawat, ada yang minum ESP sebab nak cantikkan kulit, ada yang nak pekatkan susu dan ada juga yang ambil ESP as replacement meal. Antara mereka yang ambil ni wanita yang memang isteri orang dan juga anak dara yang nak kahwin beberapa bulan lagi. Wah, yang anak dara tu gebu gebas la ye di hari bersejarah tu. Yang isteri orang pula, ada yang hamil atau mengandung, menyusu dan dalam pantang.

Ok, jom kita tengok ok apa yang ada dalam ESP Shaklee ni. Untuk pengetahuan semua, ESP Shaklee ni merupakan sejenis protein. Protein ni diperlukan oleh tubuh kita sebab selain fungsi protein seperti karbohidrat yang dapat mengenyangkan kita berjam-jam, protein ni penting kepada kita sebab protein dapat membina dan membaiki sel-sel dalam tubuh kita menjadi sel yang lebih baik lagi. Best kan bila sel dan tisu dalam tubuh kita jadi better cell atau sel yang lebih baik daripada sebelum ni. Kesannya tentulah akan tertera dan terpancar kat wajah dan tubuh kita atau paling orang lain dapat nampak, kesan protein untuk tubuh badan kita iaitu pada bahagian kulit meliputi 90 peratus tubuh kita kan. Kak kenari ni kulit tangan, kaki memang la setahun yang lalu memang dah tak ceria dah, dah macam mati laki dah tau. Kusam. Apa lagi la kak kenari ni memang jenis tak mekap. Walaupun kawan-kawan kata kulit kak kenari okay, tak ada masalah macam jerawat batu, tapi kak kenari tetap tak puashati la. Sebab kulit muka kak kenari memang kusam sangat dah. Dah nampak dah tanda-tanda penuaan. Kak kenari baru 30 tahun kot. Kalau kak kenari tengok Izara Aisyah, haish.. memangla geram sebab kulit dia cantik sangat.

So sebab semangat kan lepas kak kenari cuba 1 tong ESP Shaklee, bila dah kak kenari kesan dia memang superb, kak kenari beli la lagi 2 tong. Masa tu priority kak kenari memang target nak say bye-bye la kat kulit kusam. Tak mau dah bila tengok cermin masih dok nampak kulit yang kusam tu. Sekarang ni dah setahun lebih dah la minum ESP Shaklee ni, alhamdulillah memang berbaloi-baloi.

Oklah jom kita tengok apa ada dengan ESP Shaklee ni. Dan sebab apa ESP Shaklee ni antara satu product yang ada dalam set kecantikan eksklusif.

Soalan 1 – Apakah ESP ini?

ESP ialah singkatan kepada energising soy protein. Ia merupakan soya non-gmo. Untuk korang yang tak tau non-gmo tu apa, haa ni maksud dia non-genetic modified organism atau lebih mudah lagi ialah bebas daripada suntikan genetik. Yelah di zaman moden yang serba pantas ni, banyak sangat tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok telah turut ternoda oleh teknologi. Maksud kak kenari pokok dan tumbuhan ni terutamanya yang mempunyai hasil kemudian hari, turut juga diubahsuai secara genetik oleh pakar-pakar makanan di seantero dunia ni supaya pokok dan tumbuhan ni dapat cepat matang dan bawa hasil yang lumayan dalam jangka masa yang singkat. Keaslian kandungan khasiat tumbuhan dan pokok tersebut ialah perkara yang kedua. Yang utama ialah keuntungan syarikat.

Itulah bila tumbuhan dan pokok ni telah dinodai, tentunya output yang terhasil sudah tidak asli atau original lagi. Jadi kualiti khasiat pon dah berkurang. Kerana kepentingan yang paling utama ialah kuantiti yang banyak versus kos yang rendah. Ya, kuantiti mesti banyak untuk tujuan komersial. Dan secara tak langsung kos akan dapat dijimatkan. Amboi melalut pulak ye kak kenari ni.

Ok, ESP ni merupakan sejenis protein daripada sumber soya. Soya hasil tanaman syarikat Shaklee ini merupakan soya yang ditanam secara organik dimana soya ini bebas daripada aktiviti gmo. Khasiat yang terdapat dalam soya ini sangat terpelihara kerana soya ini diproses dengan menggunakan air dan tidak menggunakan bahan kimia seperti kebanyakan jenama lain soya yang terdapat di pasaran.

Dalam ESP ini terdapat 22 jenis protein asid amino yang merupakan makanan bagi tubuh badan kita. 9 daripadanya tidak dapat tubuh kita hasilkan dan kita perlu mengambilnya daripada bentuk makanan.

Soalan 2 – Apakah fungsi ESP Shaklee ni?

Antara fungsi ESP shaklee ialah:

  1. Mencantikkan kulit. Sebab tu ESP Shaklee ni antara produk yang ada dalam Set Kecantikan Shaklee. Sebabnya ESP merupakan sejenis protein yang berfungsi untuk membaiki dan membina sel dan tisu dalam badan kita menjadi sel dan tisu yang lebih baik lagi. 25% daripada tubuh badan kita dibina daripada protein. Antaranya ialah kulit, kuku, rambut dan otot-otot kita memang terbina daripada protein. Ye, part kulit tu, 80% daripada tubuh badan kita memang kulit la kan. Jadi, memang logiknya kulit akan kekal menawan kalau kita bekalkan dia protein yang secukupnya setiap hari kan :)
  2. Memekatkan susu badan. ESP juga dapat membantu ibu yang sentiasa mahu menyusukan anak mereka. ESP ialah salah satu produk dalam Set Menyusu Shaklee. Ibu menyusu yang mengamalkan minum ESP dapat menghasilkan air susu badan yang lebih pekat. Sama juga konsepnya apabila kita makan nasi atau makanan yang tinggi karbohidrat mahupun protein. Fungsi nasi dapat mengenyangkan kita untuk masa yang lebih lama kan. Begitulah persamaannya dengan ESP ni kerana ESP ialah sejenis protein yang dapat memekatkan susu badan. Makanya bayi yang minum air susu ibu yang ambil ESP akan merasa kenyang lebih lama, tidak meragam dan jika ibu masih dalam tempoh berpantang pastinya ibu dapat berehat ketika bayi tidur nyenyak kerana kekenyangan. :)
  3. Pemberi tenaga segera. ESP dapat memberikan anda tenaga segera jika anda sukakan makanan yang mudah disediakan. Sebab ESP ni cara nak menyediakannya just bancuh dan shake macam kita buat air. Anda memang rajin bancuh air kan >_<
  4. Baik untuk hormon wanita. ESP yang bersumberkan soya ini mempunyai estrogen yang berfungsi menyuburkan peranakan wanita. Selain itu, isoflavon yang terdapat dalam soya juga dikatakan boleh mengurangkan simptom menopause dikalangan wanita dan mengurangkan risiko reput tulang yang sering menyerang wanita di kala mereka lanjut usia.
  5. Membaiki pigmentasi. Kulit yang mengalami pigmentasi dapat dibaiki dengan pengambilan ESP. Antara tanda-tanda pigmentasi ialah warna pada permukaan kulit tidak sekata. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh cahaya matahari yang terlampau, sinar UV, radikal bebas dan juga merupakan tanda-tanda penuaan apabila kita meningkat usia.
  6. Membaiki daya ingatan. ESP merupakan sumber protein yang merupakan salah satu makanan bagi otak kita setiap hari.
  7. Membaiki kualiti prostat. Bagi lelaki yang mempunyai tahap estrogen yang sangat rendah dan tidak sepatutnya berlaku pada seorang lelaki sehingga boleh dikategorikan tidak sempurna, boleh juga mencuba ESP untuk membaikpulih kualiti estrogen yang ada dalam tubuh mereka bagi memberikan perlindungan daripada diserang kanser prostat.

Soalan 3 – Siapakah yang sesuai ambil ESP Shaklee ni? Dan siapa pula yang tak sesuai?

ESP boleh diambil oleh:

  1. Wanita yang ingin kekal awet muda
  2. Ibu mengandung
  3. Ibu menyusu
  4. Ibu bersalin yang ingin luka bersalin cepat sembuh dan ingin cergas ketika dalam pantang
  5. Wanita yang ingin mengandung
  6. Wanita yang mementingkan kesihatan
  7. Individu yang suka replacement meal pantas ketika waktu kelaparan.

ESP tidak boleh diambil oleh:

  1. Mereka yang mempunyai fibroid, cyst
  2. Pesakit kanser
  3. Individu yang ada masalah buah pinggang

Soalan 4 – Saya seorang ibu menyusu, jika saya minum ESP Shaklee apa akan terjadi pada saya dan anak yang saya susukan? ESP Shaklee dan alfafa mana yang dapat banyakkan air susu badan?

Jawapan: Rujuk pada soalan no.2 tentang keberkesanan ESP untuk ibu menyusu. ESP shaklee, alfafa dan osteomatrix merupakan set asas bagi ibu menyusu. Alfafa fungsinya ialah membanyakkan air susu badan. ESP pula fungsinya memekatkan air susu supaya bayi berasa cepat kenyang. Dan osteomatrix pula ialah sumber kalsium yang diperlukan oleh bayi untuk proses pertumbuhan gigi, tulang dan otot-otot lain.

Soalan 5 – Saya nak turunkan berat badan, mana lebih sesuai ESP Shaklee atau cinch shake?

Sebenarnya, yang lebih sesuai ialah cinch shake. Namun bukanlah bermaksud yang ESP langsung tidak sesuai untuk anda.  Keduan-duanya mengandungi proteon leusine yang bagus untuk pengekalan otot semasa proses turunkan berat badan. Jumlah protein leusine dalam  cinch lebih tinggi berbanding dengan ESP, jadi cinch lebih sesuai untuk diambil untuk program pengurusan berat badan. Jika anda punyai extra budget, lebih elok anda ambil kedua-duanya. Kesannya anda akan berasa kenyang lebih lama lagi.

Soalan 6 – Berapa harga pasaran ESP Shaklee dan tahan berapa lama?

Harga ESP untuk pasaran ialah RM150 dan boleh bertahan sehingga 2 bulan bergantung pada cara pengambilan yang anda ambil. Setiap hari ada dos yang perlu anda ikut. Anda tak boleh ambil melebihi dos yang dicadangkan iaitu sama ada 3 scoop atau 28 g per scoop setiap hari. Sekiranya anda keliru tentang cara pengambilan sila hubungi kak kenari di talian 0174556648 (khas untuk customer yang membuat pembelian dengan KenariPutih sahaja ya >_< )

Soalan 7 – Apakah rasa ESP Shaklee ini? Dan jika saya minum 1 hidangan ESP, berapa lama perut saya akan berasa kenyang?

ESP shaklee ini berperisa natural vanilla dan juga ada sedikit soya. Untuk semua pelanggan KenariPutih, kami akan bekalkan 20 jenis resepi ESP pelbagai versi untuk anda sekiranya anda tidak sukakan soya.

ESP Shaklee boleh mengenyangkan anda sehingga 5-8 jam. Bergantung juga pada tubuh badan anda dan berapa jam anda boleh tahan dengan hanya minum ESP sahaja. 1 hidangan ESP bersamaan dengan 4x ganda telur, 2x ganda daging, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan kita. ESP juga dapat membantu sistem penghadaman yang berlaku dalam tubuh kita.

Soalan 8 – Bagaimana nak order ESP Shaklee?

Anda hanya perlu hubungi kak kenari segera di talian 0174556648 atau boleh isikan borang order di bawah. Kak kenari akan hubungi anda secepat mungkin. :). Order anda dihantar sama ada menggunakan poslaju, GDEX atau citilink.

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com