Panduan Ibu Mengandung

Panduan Ibu Mengandung

Ibu amal Vitamin C Boleh Hindarkan Eczema dan Gatal pada Bayi?

kenariputih1 ibu dan bb

Penjagaan diri untuk bersalin sebenarnya bermula sebelum wanita itu belum mengandung lagi. Ada kajian memaklumkan yang anak yang bakal dilahirkan oleh wanita membawa 50% ciri-ciri yang ada pada si ibu, dan 50% membawa ciri-ciri daripada ibu kepada si ibu iaitu nenek. Penting bagi ibu ketika hamil untuk selalu menjaga diet pemakanan mereka bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat zat dan nutrisi sebaik-baiknya. Kekerapan pengambilan vitamin C sebelum dan selepas melahirkan sangat disyorkan sebagai satu usaha bagi memastikan bayi yang dikandung terhindar daripada alahan seperti eczema.

Jika ibu tidak menjaga diet pemakanan mereka, berkemungkinan bayi yang dilahirkan nanti mudah mengalami alahan dan tidak dapat bertahan daripada serangan virus dan bakteria jahat yang berada di sekeliling kita. Ini kerana bayi itu mempunyai sistem imun yang rendah. Penting bagi ibu terus membekalkan pada bayi makanan yang bernutrisi dan berkhasiat supaya bayi terus sihat dan ceria sentiasa.

Bagi bayi yang berumur bawah 6 bulan, susu ibu ialah merupakan makanan utama bagi bayi. Ibu mestilah rajin menyusukan bayi mereka apabila bayi lapar. Bagi ibu yang bekerja, ibu boleh membekalkan susu ibu yang sudah dipam ketika di tempat kerja. Bagi mengelakkan bayi mengalami alahan makanan, ibu mesti makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi supaya susu ibu yang dihasilkan ialah susu yang berkualiti untuk bayi.

Ketika anak kak kenari yang paling kecil, alahan yang dialami oleh anak kak kenari ialah seperti gatal-gatal pada kulit yang jadi pada seawal usia dia baru sahaja seminggu. Pada mulanya, gatal-gatal tersebut hanya gatal-gatal ringan sahaja atau kita kata hanya sedikit gatal. Untuk bayi yang tidak ada alahan, kita boleh saja sapu krim gatal. Tapi untuk anak kak kenari ni krim gatal tidak berkesan untuk dia. Cara yang paling baik sekali apabila kak kenari menjaga pemakanan kak kenari sendiri. Masa tu beras kat rumah pon tukar tau, makan beras faezah yang untuk pesakit diabetes tu, basmathi kot nama dia. Harga dia 5 kg dalam range RM20-RM25 or korang boleh check kat shopee or kat kedai runcit hehe

Suplemen pon kak kenari tak pernah tinggal terutamanya suplemen vitamin C. Satu hari kak kenari akan ambil vitamin C dalam 4 biji tau. 2 biji sebelah pagi, 2 biji sebelah malam. Lain-lain yang kak kenari ambil ialah omega-3, minyak zaitun dan minyak kelapa dara dan lagi satu ialah garlic oil brand blackmores. Masa tu sebab menyusu baby sepenuhnya, memang struggle juga bab nak makan, nak menyusu, bab nak mengepam. Masya-Allah masa tu kak kenari slim sangat hehe. Korang bayangkan la, satu tahun kak kenari langsung tak minum air yang bergula. Minum air kosong saja, hehe. D. Lagi satu real food macam kunyit hidup dan bawang putih tu kak kenari telan mentah-mentah saja, haha. Masa tu misi kak kenari cuma mahu anak kak kenari selalu sihat dan tak mau dia ada eczema lagi. Bonus yang kak kenari dapat amalkan makanan berkhasiat dan tinggalkan minum air manis, alahan pada tangan kak kenari di bahagian jari juga sembuh sepenuhnya. Masya-Allah syukur sangat. Nak makan sambal belacan dan sambal tumis pon dah tak gatal-gatal jari dah lepas tu.

Anak kak kenari pulak, hari-hari dia mandi dengan air yang dicampurkan dengan the rooibos. Teh tu kak kenari beli kat cosway. Berkotak-kotak la beli. Hari-hari memang pengasuh anak kak kenari ni mandikan anak kak kenari dengan air rendaman the rooibos ni. Untuk weekend, sebab kak kenari cuti, jadi kak kenari akan mandikan anak kak kenari ni dengan air + lemon + apple cider vinegar dalam 1 sudu besar. Macam tu la sampai umur anak kak kenari ni berumur satu tahun. Lepas satu tahun tu, eczema dan gatal-gatal tu sembuh. Cuma alahan tu masih ada sampai sekarang dan alahan tersebut semakin berkurang apabila dia semakin besar. Sekarang anak kak kenari dah umur 6 tahun dah. Dia juga boleh minum minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak garlic oil, vitamin C untuk tingkatkan imun badan dia. Alhamdulillah.

Ok kalau korang nak terus ada imun badan yang selalu pada tahap yang baik, jangan lupa okay, amalkan makan vitamin C. Kalau nak makan brand Shaklee, kak kenari memang recommend. Kalau nak makan brand lain pon boleh pastikan sumber tu ialah ascorbate acid ok sebab dia lebih serasi dengan badan kita.

KAK KENARI

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com