Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee dan 10 Sebab Mesti Diketahui

Category: Set Bersalin Shaklee Written by Kak Kenari / April 13, 2014
set bersalin shaklee

Assalam dan Goodday semua. Kak kenari nak cerita pasal Set Bersalin Shaklee. Dan nak bagitau anda semua 10 sebab yang mesti diketahui tentang Set Bersalin Shaklee ni. Set bersalin ada banyak kan kat pasaran dan kita mesti nak tahu kan sekurang-kurangnya 10 sebab kenapa kita patut pilih set bersalin shaklee berbanding jenama set bersalin yang lain. Biasa lepas kita bersalin, badan kita memang lemah dan kita perlukan sesuatu untuk memulihkan semula tenaga dan kesihatan kita selepas kita bertarung nyawa melahirkan  si comel kita ke dunia. Semestinya, set bersalin yang selamat buat kita dan untuk bayi menjadi sebab utama yang mesti kita ketahui dan titik beratkan.

Kak Kenari akan bagitahu anda 10 sebab yang mesti anda ketahui tentang Set Bersalin Shaklee ini. Sebelum tu kak kenari nak bagitahu, Set Bersalin Shaklee ni terdiri daripada suplemen semulajadi dan organik dan terdapat dalam bentuk tablet dan dalam bentuk serbuk. Jenama Shaklee sudah lebih 50 tahun berada di pasaran dan sangat diyakini dan dipercayai oleh ramai para pelanggan termasuk kak kenari :) Shaklee sememangnya selamat, halal dan semulajadi. Ibu moden zaman sekarang biasanya memang bijak membuat pilihan kerana mereka mesti meletakkan kebaikan dan kelebihan set bersalin terlebih dahulu berbanding lebih mengutamakan harga murah. Bagi mereka, kesihatan dan jenama yang selamat dan sesuai keduan-duanya buat ibu dan bayi mesti lebih diutamakan.

Ok, jom kita tengok 10 sebab kenapa Set Bersalin Shaklee ni menjadi pilihan ramai ibu-ibu bersalin.

  1. Set Bersalin Shaklee segera pulihkan tenaga ibu selepas bersalin. Biasanya keadaan ibu memang lemah selepas bersalin. Selain ibu perlu segera diberi makanan yang sihat dan sesuai dengan ibu bersalin, suplemen Shaklee yang ada dalam set bersalin ini sangat membantu ibu segera pulih daripada kepenatan dan keletihan. Jadi ibu akan berasa cergas dan mempunyai tenaga yang luarbiasa seperti wanita yang aktif, sihat dan tak bersalin pun, :)
  2. Pulihkan luka bersalin dengan cepat. Kriteria dan sebab ini memang patut menjadi sebab utama bagi ibu-ibu yang baru bersalin sama ada bersalin secara normal atau pembedahan. Dengan mengamalkan suplemen Shaklee secara konsisten memang sangat membantu luka semasa bersalin sembuh lebih cepat dan selamat. Sama ada ibu bersalin secara normal atau pembedahan, kebersihan tempat luka bersalin perlu dijaga dan dilindungi dengan seelok-eloknya bagi mengelakkan bakteria atau kuman yang boleh menyebabkan nanah. Gabungan produk-produk dalam Set Bersalin Shaklee iaitu Zinc Complex, ESP, Vitamin C dan B-Complex sangat membantu tempat luka bersalin ibu bukan sahaja dapat segera dipulihkan, tetapi akan turut mendapat perlindungan daripada serangan atau jangkitan bakteria dan kuman.
  3. Selamat untuk bayi yang menyusu. Set Bersalin Shaklee selamat untuk ibu yang menyusukan bayi sejak hari pertama berpantang lagi. Malah, susu ibu akan menjadi susu yang lebih berkualiti lagi untuk bayi selain kolostrum yang merupakan komponen penting dalam air susu terawal bagi bayi. Sekiranya anda ingin mengetahui tentang kolostrum sila klik disini.
  4. Memekatkan susu ibu. Terdapat satu produk dalam Set Bersalin Shaklee yang boleh memekatkan susu ibu iaitu ESP Shaklee. Susu ibu yang pekat akan menbuatkan bayi berasa cepat kenyang dan kurang meragam.  Syurga buat si ibu dan bayi yang dalam pantang kalau dapat air susu pekat berkrim :)
  5. Selamat untuk bayi yang ada jaundis. Bagi bayi yang ada jaundis selepas dilahirkan, ibu bayi tidak perlu menghentikan pengambilan suplemen, sebaiknya boleh meneruskan pengambilan suplemen-suplemen dalam Set Bersalin Shaklee. Ibu-ibu juga boleh mencuba petua untuk menurunkan jaundis baby secara tradisional tanpa perlu menghentikan pengambilan suplemen-suplemen Shaklee untuk kesihatan dan kebaikan diri dan bayi mereka.
  6. Mengatasi sembelit ketika berpantang. Masalah sembelit kerap berlaku pada ibu yang bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan. Masalah ini berlaku kerana ibu dalam pantang tidak dapat minum air putih secukupnya. Selain itu sembelit juga terjadi jika ibu dalam pantang tidak teliti tentang makanan yang diambil ketika dalam tempoh berpantang. Masalah ini boleh diatasi dengan Osteomatrix Shaklee. Osteomatrix Shaklee memang suplemen yang wajib ada untuk elakkan ibu mengalami sembelit dan pengambilannya mesti dioptimumkan untuk lebih berkesan lagi.
  7. Mengawal stres ketika berpantang. Biasanya ketika dalam pantang ibu mudah stres kerana masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan suasana baru terutamanya buat ibu-ibu yang kali pertama melahirkan. Untuk ibu-ibu yang sudah punya anak lain juga biasanya stres akan ada jika anak yang lagi satu masih kecil dan juga mahu perhatian daripada ibu seperti yang ibu berikan untuk bayi. :) Dengan pengambilan suplemen Shaklee iaitu B-Complex rasa stres dan juga kemurungan ibu dalam tempoh berpantang dapat diatasi dengan lebih baik lagi. Jadi ibu lebih tenang dan rileks :)
  8. Kulit ibu dan bayi menjadi cantik. Wah, inilah yang menjadi bonus besar bagi ibu yang ambil Set Bersalin Shaklee ni. Pengambilan produk penting dan asas dalam Set Bersalin ni iaitu Vitamin C Plus, B-Complex dan ESP merupakan 3 kombinasi penting untuk buatkan kulit ibu makin menawan. Biasa ibu dalam pantang ni kadang-kadang macam zombie, hahaha… Jadi, pengambilan suplemen Shaklee bolehlah membantu kulit ibu tampak berseri walaupun adakalanya penampilan ibu mungkin tak dapat dikawal kerana baju asyik saja basah oleh air susu :)
  9. Membantu mengembalikan bilangan darah yang banyak hilang ketika bersalin. Semasa bersalin ibu kehilangan banyak darah dan sebab itu ibu lepas bersalin biasanya pucat, letih dan tidak bermaya. Pengambilan suplemen dalam Set Bersalin Shaklee iaitu Vitalea dan B-complex dapat membantu dalam penghasilan darah merah dalam badan ibu. Jadi kesihatan ibu akan cepat pulih, cergas dan bertenaga kembali.
  10.  Harga yang sangat berpatutan.

 

Produk
Harga (RM)
Size
Jangka Hayat Produk
Vitamin C Plus92.50180 biji6 bulan
Zinc Complex34120 biji4 bulan
B-Complex53.75120 biji4 bulan
Vitalea88.75120 biji4 bulan
Osteomatrix61120 biji1 bulan (depend pada daily intake)
ESP150850 g2 bulan (depend pada daily intake)
Alfafa Complex (small)53.75330 biji2-3 bulan (depend pada daily intake)

Anda ingin berjimat dan dapatkan harga yang lebih berbaloi, jom join jadi ahli shaklee dan terus dapatkan harga ahli :) Klik sini untuk daftar jadi ahli.

Hubungi Saya Sekarang untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee ini :)

Tel:

0174556648 (Kenari Putih)

Emel: kenariputih9727@gmail.com

 

 

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com