Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

Set Kehamilan Shaklee Istimewa, Pakej Nutrisi Lengkap Ibu dan Bayi

Category: Set Bersalin Shaklee Written by Kak Kenari / April 18, 2014
set hamil

Salam to everyone.

Bertemu lagi kita di entry baru kak kenari. Entry kali ini ialah berkenaan dengan Set Kehamilan Shaklee.

Set kehamilan Shaklee ini juga dapat membekalkan ibu dan bayi dengan pakej nutrisi lengkap sepanjang tempoh kehamilan. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, kehamilan merupakan satu fasa atau pengalaman yang istimewa.

Kita sebagai ibu pastinya kita mahu bayi yang sedang kita kandung mendapat pakej nutrisi lengkap bagi memastikan perkembangan bayi kita sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Pada fasa trisemester kehamilan, adakalanya ibu mengalami alahan atau omputih sebut nausea atau morning sickness or maybe ada yang afternoon sickness or maybe night sickness. Boleh klik sini untuk 5 cara atasi morning sickness. Walau apa alahan sekalipon yang ibu alami semasa kehamilan, kak kenari percaya setiap ibu pasti mahu yang terbaik untuk bayi kita kan. Antara lain yang akan kita alami sepanjang kehamilan ialah perubahan emosi dan perubahan fizikal. Perubahan emosi sepanjang kehamilan pasti la kan. Tak hamil pon kita emosi apalagi bila kita hamil. Lagi satu, sepanjang tempoh kehamilan, jika kita kekurangan nutrisi memang normal kalau kita rasa letih, dan kadang-kadang memang ada jugak rsa skit kepala dan pening-pening tu.

Set kehamilan Shaklee ialah satu set atau pakej yang dapat membekalkan ibu dan bayi dengan nutrisi lengkap dan ianya sangat istimewa kerana selain untuk perkembangan bayi yang sihat dan sempurna, set kehamilan Shaklee ini juga dapat membekalkan ibu dengan kesihatan yang optima sepanjang kehamilan dan juga boleh mengelakkan risiko komplikasi semasa proses bersalin nanti.

Baiklah, kak kenari senaraikan di bawah set kehamilan Shaklee untuk trisemeter pertama dan fungsi-fungsinya:

================================
Set kehamilan Shaklee – Trisemester pertama
================================

Dalam set ini terdapat:

**Vitalea (multivitamin with iron), 1 botol, ada 90 biji
**Vit C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji
**Vit B Complex (with acid folic), 1 botol, ada 120 biji
**Ostematrix (Calcium with Magnesium, Vitamin D & more), 1 botol, ada 120 biji
**ESP (Energising Soy Protein), 1 canister, ada 850 g

Manakala untuk set kehamilan Shaklee bagi trisemester kedua dan ketiga ialah:

===========================================
Set kehamilan Shaklee – Trisemester Ke-2 dan Trisemester ke-3
===========================================

**Vitalea (multivitamin with iron), 1 botol, ada 90 biji
**Vit C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji
**Vit B Complex (with acid folic), 1 botol, ada 120 biji
**Ostematrix (Calcium with Magnesium, Vitamin D & more), 1 botol, ada 120 biji
**ESP (Energising Soy Protein), 1 canister, ada 850 g
**OmegaGuard (Fish Oil, ada 85% Omega-3 dalam 1 softgel, lengkap DHA, EPA & ALA)

Itulah dia set kehamilan Shaklee bagi trisemester pertama, trisemester kedua dan trisemester ketiga.

Sebenarnya produk-produk Shaklee yang ibu hamil ambil semuanya sama sahaja pada fasa kehamilan pertama, kedua dan juga ketiga. Cuma omegaguard Shaklee tidak dibenarkan lagi pada fasa kehamilan trisemester pertama. Pada fasa kehamilan trisemester pertama, ibu yang hamil haruslah berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya keguguran kerana kehamilan pada peringkat trisemester pertama kebanyakan ibu yang hamil akan melalui pelbagai situasi seperti morning sickness (alahan), perubahan emosi, rasa pening kepala, sakit ulu hati, merasa tidak selesa pada bahagian payudara dan macam-macam lagi la kan. Time trisemester pertama kehamilan ni kita kena jaga diri betul-betul sebab time ni janin tak kukuh dan tak kuat lagi dalam rahim kita. Kita kena elakkan dah buat keja berat-berat, macam better lagi kita banyakkan berehat. Makanan yang kita makan pon kita kena jaga. Kalau ikut pesan orang2 tua kita, makanan yang kita tak boleh makan sebab takut boleh sampai keguguran ialah macam contohnya buah nenas dan air tebu. Sebenarnya depend pada orang jugakla kan. Tapi better kita ikut jugak le pantang orang2 tua kita ni. Untuk kebaikan kita dan baby jugak. Dan dari segi teori sains pula, yang kak kenari tahu, kalau kita suka makan ikan, kita kenala pilih ikan. Terutamanya ikan laut. Walaupun ikan ni bagus dari segi kandungan protein kan, ikan laut juga mengandungi bahan-bahan tercemar seperti merkuri dimana boleh membawa kepada kelewatan perkembangan otak pada bayi yang sedang dikandung. Lebih buruk lagi jika berlakunya kerosakan pada otak bayi dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting semasa kehamilan trisemester pertama ini kita haruslah berhati-hati memilih makanan yang akan kita makan. Kehamilan pada fasa trisemester pertama sangat ‘istimewa’ dan juga merupakan satu cabaran untuk kita kerana banyak rintangan dan dugaan yang harus kita tempuhi sepanjang tempoh tiga bulan pertama ini. Apalagi jika kita mengalami alahan yang sangat teruk. Dan disini, kak kenari tegaskan, kita haruslah mengamalkan diet sihat dan berkhasiat seperti yang dicadangkan dalam pyramid makanan.

Ewah, banyak pula kak kenari dok stori kan..hihi..ikut kak kenari sampai 10 page kak kenari nak stori.. haha..

Ok, jom kita review function setiap vitamin Shaklee ni, kita review dengan harga retail sekali, ada berapa biji vitamin dan tahan berapa lama semua vitamin ni untuk kita ibu-ibu hamil ni. Dah kak kenari kata set kehamilan Shaklee ni istimewa. Kita tengok sejauh mana istimewa set kehamilan Shaklee ni. Kita tengok ok berbaloi ke dak harga dia dengan khasiat yang Shaklee offer kepada kita ni. Harga yang kak kenari review ni harga retail price. Kak kenari ni distributor Shaklee, jadi harga kak kenari beli kat branch Shaklee mestilah harga distributor. Kak kenari pengguna tegar vitamin-vitamin Shaklee, jadi kena la kak kenari jadi bijak dengan sign-up jadi distributor Shaklee atau erti kata lain jadi ahli Shaklee. Kak kenari dapat la berjimat dalam 20-25% bagi setiap pembelian produk-produk Shaklee. Berbaloi-baloi la bagi kak kenari.

Ok, jom tengok review Set Kehamilan Shaklee Istimewa, Pakej Nutrisi Lengkap Ibu & Bayi
================================

**Vitalea {multivitamin with iron(zat besi)}, 1 botol, 120 biji, boleh tahan sampai 4 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM88.75

Vitalea shaklee sangat istimewa kerana dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral termasuklah zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi menyebabkan ibu hamil kelihatan pucat, letih, lesu dan tidak bermaya. Zat besi juga perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran bayi. Dan yang sangat istimewa mengenai vitalea ini ialah ia membantu ibu-ibu hamil memulihkan semula paras haemoglobin (hb) dalam darah. Jadi, untuk ibu-ibu yang ada masalah low-hb , kak kenari cadangkan boleh ambil vitalea ini ya sebagai alternative suplemen.

**Vitamin B complex {with folic acid}, 1 botol, 120 biji, boleh tahan sampai 4 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM53.75

Vitamin B complex bertindak sebagai anti stress dan pemberi tenaga kepada kita. Ini macam similar menambah selera makan. Tapi jangan salah faham ya ingat vitamin B complex ini menggemukkan pulak. Bagi tenaga maksudnya kita perlu lebih aktif lagi, tapi ramai pulak yang rasa nak makan lagi. Hihi.. Ok, yang best tentang vitamin B complex ni ialah lengkap dengan folic acid iaitu vitamin B9. Acid folic ni penting tau sebab dia macam agen dalam pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh kita. Acid folic jugak dapat membantu mencegah kecacatan pada bayi dalam lingkungan 50%-70% daripada kemungkinan ianya akan berlaku. Vitamin B complex ni penting jugak dalam penghasilan sel darah merah. Jadi kombinasi vitamin B complex, vitalea dan jugak vitamin C memang kombinasi yang perfect. Sebab tu la nurse kat klinik kerajaan pon bila kita low hb sangat mesti dia bagi ferum, vitamin B complex ni dan jugak ascorbic acid (sources of vitamin C). Walaupun nama vitamin ni sama, khasiat2 pon lebih kurang sama, tapi vitamin yang klinik kerajaan tu sintetik, vitamin Shaklee ni pulak vitamin semulajadi. Itule perbezaannya. Tak ada salahnya nak ambil yang mana pun. Our choice la kan ;D

** Vitamin C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji, boleh tahan sampai 6 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM92.50

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Badan kita tidak dapat menyimpan khasiat dan nutrisi daripada vitamin C ini kerana ia merupakan vitamin larut air dan mudah hilang dari tubuh badan kita melalui peluh dan air kencing. Oleh itu, kita sentiasa memerlukan bekalan vitamin C ini pada setiap hari untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi kita. Vitamin C juga diperlukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi diperlukan untuk mengikat oksigen pada haemoglobin dalam darah. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan anemia, pendarahan gusi, ketidakupayaan melawan penyakit, penyembuhan luka yang lambat, kulit kering, pendarahan hidung dan lain-lain lagi yang berkenaan. Ibu hamil memerlukan keperluan vitamin C yang lebih tinggi daripada wanita biasa (wanita yang tak hamil). Namun, kebanyakan ibu hamil tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan cukup vitamin C melalui pemakanan mereka asalkan ibu hamil mengamalkan cara pemakanan dan diet yang sihat pastilah bayi yang dikandung turut sama mendapat manfaatnya. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C ialah buah kiwi, tomato, strawberry (amboi kak kenari sebut buah2 import jer..hihi,,, kalau buah local, antaranya kita ada buah jambu batu dan buah betik). Lagi satu local foods kita yang kaya dengan vitamin C ialah ulam-ulaman. Kak kenari pon suka jugak ulam, contohnya macam kacang botol aka kacang kelisa, dan ulam raja, hihi. Macam sayur-sayuran tu, sayur sawi tapi itula, bila kita masak tu, sebenarnya vitamin C ni dah hilang dah dalam air rebusan tu. Jadi, kualiti vitamin C tu dah jadi kategori tak berapa nak fresh la kan. Takpa, sayur-sayuran ni bagus untuk badan terutama untuk bantu kita membuang or poopooo dengan jayanya. Hihi

** Ostematrix, 1 botol, ada 120 biji, boleh tahan sampai 3 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM61.00

Ostematrix ialah satu pakej lengkp gabungan kalsium, magnesium, vitamin D, zink, fosforus dan mineral-mineral lain seperti boron dan manganese. Jumlah kalsium dalam 1 kapsul ostematrix ini ialah 250 mg calcium. Untuk ibu hamil, kalsium sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat bagi ibu dan bayi yang sedang dikandung. Mineral seperti boron yang terdapat dalam ostematrix ini ibarat simen yang menyambung tulang-tulang dalam tubuh badan kita. Selain itu, kalsium juga penting untuk ibu hamil kerana kekurangan kalsium menyebabkan ibu hamil boleh mengalami sakit gigi, gusi, dan sakit pinggang apabila kalsium daripada ibu diserap oleh bayi yang sedang dikandung. Ibu hamil memerlukan sebanyak 1000 mg calcium setiap hari . Kalsium juga seperti vitamin-vitamin yang lain dimana ia berinteraksi antr satu sama lin. Kalsium work best with magnesium untuk melembutkan najis dan mengatasi masalah sembelit. Kalsium memerlukan vitamin D untuk penyerapan dan boleh mengurangkan migraine. Kehadiran kalsium juga diperlukan untuk penyerapan vitamin B12 dimana vitamin B12 penting untuk mengawal kesihatan system saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kalsium dan vitamin C juga membantu penyerapan yang lebih berkesan dalam tubuh badan kita. Apa yang tidak boleh ialah, kita mengambil kalsium sekaligus dengan zat besi kerana gabungan kedua-duanya pada masa yang sama menyebabkn penyerapan kedua-duanya terganggu.

**Omegaguard, 1 botol, 90 biji, boleh tahan sampai 3 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM136.00

Omegaguard Shaklee mempunyai gabungan 7 spektrum terbaik termasuk DHA, EPA dan ALA. DHA sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi. Dalam blog kak kenari ni pon banyak kak kenari cerita pasal omegaguard. Omegaguard Shaklee memang merupakan antara sumber omega-3 yang terbaik sebab telah melalui proses 3 penyulingan berperingkat untuk menyingkirkan merkuri dan plumbum berbahaya yang terdapat dalam sumber ikan ir dalam ni. Boleh search dalam bolg kak kenari ni pasal omegaguard. Ada kat bahagian label kalo nak senang cari.

**ESP, Energising Soy Protein, 1 canister, 850 g, boleh tahan sampai 2 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM150.00

ESP untuk ibu hamil membantu memberi tenaga. ESP ni sebenarnya sangat bagus untuk kita dapatkan kulit yang sihat dan menawan. InsyaAllah, kita dapat memberi perlindungan kepada baby kita daripada masalah eczema dan masalah kulit sensitive sekiranya kita mengamalkan minum ESP sejak awal kehamilan lagi. ESP Shaklee ialah merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya ini telah diproses menggunakan air dan bukan bahan kimia seperti kebanyakan jenama soya lain yang ada di pasaran. ESP penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dan juga diperlukan untuk membaiki tisu-tisu dalam badan kita. Ia juga mengandungi 22 jenis asid amino, dimana 9 daripadanya tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita dan kita perlu ambilnya daripada pemakanan kita. Kak kenari pon pilih ESP ;D. ESP memang banyak sangat khasiatnya, walaupun harganya pertama kali kak kenari dengar agak terkezut ;D Sekarang kak kenari ialah ESP lover. Pasal harga bagi kak kenari memang berbaloi2 ;D
================================

Oklah, sampai sini dulu ok entry kak kenari. Alamdulillah berjaya jugak kak kenari nak sharing pasal set kehamilan ni dengan semua pembaca terutamanya ibu-ibu yang sedang hamil. Jika berminat untuk dapatkan set kehamilan ini boleh hubungi kak kenari. Guides n consultation semuanya ada dalam pakej kak kenari ni.

Your Shaklee Independent Distributor;

♥ Jannah (ID: 910562)

♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih

♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

♥ URL Official Blog: kenariputih.com

♥ Email: kenariputih9727@gmail.com

set hamil shaklee

set hamil shaklee

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com