Tip Hidup Sihat

5 Cara Natural Rawat Demam, Flu Batuk di Bulan Mengambang

Category: Tip Hidup Sihat Written by Kak Kenari / March 2, 2017
bulan mengambang

Walaupun bulan mengambang boleh dikaitkan dengan cerita seram atau cerita hantu malam jumaat tetapi sebenarnya bulan mengambang juga ada kaitan dengan demam, batuk, flu, asthma, lelah, eczema dan sakit tekak.

Bulan mengambang ni atau istilah lain seperti fullmoon dan bulan cerah akan berlaku tiap-tiap bulan. Dalam bulan Islam atau kalendar Islam, bulan penuh biasanya jatuh pada 13, 14, dan 15 haribulan.

Apa yang jadi bila bulan penuh? Sedar tak sedar bila bulan penuh ni adakalanya diri sendiri dan anak-anak kita mula demam, batuk dan flu atau selsema. Pada masa ini sebenarnya mood kita pon swing selalu dan kalau kita layan mood kita yang swing itu maka makin menjadi-jadi mood swing kita itu. Jadi sangat penting kita kawal mood kita supaya kita tak over dalam apa jua tindakan kita yang mungkin akan mengundang marah orang lain pula. Contohnya rasa cepat naik angin dan marah pada anak-anak jika mereka ada buat kita tak puashati. Dengan suami atau isteri pun kita rasa nak emosi juga bila ada yang tak puashati. Jadi memang kita kena kawal emosi sebelum jadi apa-apa tragedi. Hie…

Ok apa kaitannya pula parasit dalam badan kita dan bulan mengambang ni?

Semasa bulan mengambang, parasit sedang mengawan dan bertelur. Parasit-parasit yang bertelur akan menetaskan telur mereka dan akibatnya jumlah parasit dalam badan kita semakin meningkat. Jumlah parasit yang terlalu banyak boleh menyebabkan imun badan kita menjadi lemah dan makin tinggi peluang kita untuk terdedah kepada pelbagai penyakit. Kita mudah mendapat penyakit seperti demam, batuk, flu, sakit tekak, gatal-gatal bagi yang ada eczema dan lelah bagi yang ada astma.

Walaupun demam, batuk dan flu boleh terjadi bila-bila sahaja tetapi tahukah anda penyakit ringan ini boleh kita cegah dan kawal daripada berterusan menyerang sistem tubuh badan kita terutamanya ketika hari-hari bulan mengambang.

Itu saja kaitan parasit dalam badan kita dan bulan mengambang. Kita sudah tentu mahu elakkan diri sendiri dan anak-anak kita daripada demam, batuk, flu, sakit tekak, astma dan gatal-gatal akibat alahan ataupun eczema. Oleh kerana terdapat parasit dalam badan kita, jadi kita mesti tahu cara untuk melemahkan parasit-parasit ini juga supaya parasit-parasit ini tidak sempat menetas telur-telur mereka ketika bulan mengambang.

Terdapat beberapa makanan natural yang kita boleh amalkan untuk mencegah dan memusnahkan parasit yang terdapat dalam badan kita. Antaranya ialah:

1. Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara bersifat antifungal atau antikulat. Ia boleh membunuh bakteria dan patogen di dalam tubuh kita. Cara mengambilnya adalah sebanyak 1-2 sudu sehari. Ia juga boleh diberikan pada anak-anak kecil sebagai pengganti paracetamol ketika mereka demam.

2. Minyak zaitun. Minyak zaitun bersifat seperti antiseptik. Minyak zaitun boleh melembapkan kulit dan mencegah kulit daripada terhidrasi serta lenguh-lenguh badan akibat demam. Cara pengambilannya ialah 1-2 sudu sehari. Ada banyak lagi khasiat minyak zaitun. Pastikan minyak zaitun yang diambil oleh anda yang original, barulah berkesan.

3. Bawang putih. Bawang putih mampu membunuh bakteria dan virus. Allicin yang terdapat dalam bawang putih juga boleh bertindak sebagai natural antibiotik dimana ia hanya membunuh bakteria jahat sahaja dan tidak membiarkan bakteria baik meneruskan kehidupan mereka didalam badan kita. Namun tak semua orang sanggup telan dan makan bawang putih mentah atau raw garlic. Walaupun bau bawang putih kurang menyenangkan, namun mengunyah dan kemudian menelan bawang putih secara mentah terbukti mampu menyembuhkan demam dengan cepat. Tak percaya cubalah bila anda demam atau sakit tekak nanti.

4. Kunyit hidup. Kunyit hidup merupakan agen antiseptik dan antibakteria dan antikulat semulajadi yang dapat meningkatkan sistem imun badan. Curcumin yang terdapat dalam kunyit bertindak sebagai antioksidan dan dapat meneutral radikal bebas. Kunyit juga boleh mencegah pembekuan darah. Lipopolysaccharide yang terdapat dalam kunyit membantu merangsang sistem imun badan. Sistem imun badan yang kuat dapat mencegah diri kita daripada diserang oleh kuman, virus dan patogen jahat.

5. Apple cider vinegar atau cuka epal cider. Apple cider vinegar yang tidak ditapis, organik seperti jenama bragg mengandungi “mother”, strands of protein, enzim dan bakteria baik dalam rupa keruh seperti sarang labah-labah. Mengamalkan minum 1 sudu apple cider vinegar dan campurkan dengan 1 cawan air suam pada setiap hari boleh mencegah diri kita daripada dijangkiti flu atau selsema. Amalan ini juga mewujudkan persekitaran beralkali dalam badan kita sekaligus dapat membunuh bakteria jahat dan virus yang ada dalam badan kita. Walaupun apple cider vinegar ini sendiri bersifat asid namun ia mempunyai kesan alkali yang membantu mengimbangi tahap pH badan kita. Apple cider vinegar bukan sahaja mampu mencegah selsema malah mampu juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti menurunkan suhu demam, mengurangkan batuk dan sakit tekak. Selain itu, ia juga berkesan untuk mengurangkan berat badan, merendahkan kolestrol dan merawat kencing manis atau diabetes.

Ok yang itu la 5 rawatan alami yang anda boleh amalkan dalam kehidupan anda terutama ketika bulan mengambang. 

5 Cara Natural untuk Rawat Demam, Batuk,  Flu dan Sakit Tekak

5 Cara Natural untuk Rawat Demam, Batuk, Flu dan Sakit Tekak

Moga bermanfaat. Untuk suplemen atau vitamin anda boleh pilih vitamin C, b-complex, garlic dan nutriferon. 

Kak Kenari ☺️

☎️ 0174556648

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com