Tip Hidup Sihat

7 Tip Atasi Sembelit untuk Anak-Anak di bawah 6 tahun

Category: Tip Hidup Sihat Written by Kak Kenari / May 5, 2018
anak sembelit

Melihat anak kecil di bawah usia 6 tahun sama ada umur 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 tahun menangis, merengek kerana sembelit membuatkan kita sebagai ibu tentunya sangat risau dan bimbang. Kak kenari juga mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi begini ketika anak-anak berusia di bawah 6 tahun.

Jadi kak kenari akan berkongsi tip-tip yang boleh dipraktis oleh kita sebagai ibu bapa bagi mengelakkan terjadinya masalah sembelit pada anak-anak kita yang berusia di bawah 6 tahun.

Bagi bayi di bawah umur 6 bulan hingga 1 tahun dan masih menyusu badan adalah paling mudah sekali untuk diatasi kerana bayi masih cenderung melekap dengan ibu untuk menyusu. Apa yang ibu menyusu boleh lakukan ialah:

  1. Menjaga pemakanan dan diet mereka.
  2. Elakkan makan makanan berproses tinggi contohnya seperti burger, sosej dan pizza. Makanan berproses tinggi menyebabkan perut kita terpaksa bekerja lebih lama untuk menguraikannya.
  3. Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari (bermula dari waktu bangun pagi sehingga waktu tidur pada sebelah malam).
  4. Bagi ibu yang mengambil suplemen dalam bentuk tablet adalah satu kemestian memastikan air yang diminum mencukupi kerana air yang tidak cukup boleh mengakibatkan terjadinya sembelit pada ibu sendiri dan juga kepada bayi yang disusukan.
  5. Amalkan makan makanan semulajadi yang berserat dan berfiber seperti sayur, buah-buahan dan ulam-ulaman kerana makanan ini akan membantu sistem pencernaan berjalan dengan baik. Contoh buah-buahan ialah betik dan pisang. Contoh sayuran ialah sawi, petola dan bayam. Contoh ulam ialah seperti salad, pegaga dan kacang kelisa. (Bagi ibu menyusu, makanan yang diambil haruslah dipantau bagi mengelakkan masalah kembung atau sakit perut pula apabila bayi menyusu dengan ibunya.)
  6. Antara makanan-makanan yang boleh ibu-ibu menyusu pilih untuk menghambat angin jika berlaku ialah dengan mengamalkan makan bawang putih mentah atau boleh diletakkan dalam sup dan menggoreng sebentar dengan api yang sederhana untuk di kunyah. Bau bawang putih memang busuk dan kenalah gosok gigi selepas itu ya.
  7. Makanan lain yang boleh menghambat angin ialah halia. Ibu menyusu boleh makan makanan yang menggunakan halia dalam masakan tersebut contohnya ikan masak asam yang menggunakan banyak halia ataupun sup ayam.
  8. Ibu menyusu mengamalkam minum 1 sudu minyak zaitun dan 1 sudu minyak kelapa dara pada setiap hari.

Bagi kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 6 tahun dan tidak lagi menyusu dengan ibunya, amalan-amalan berikut perlulah dipraktiskan agar anak tersebut tidak berhadapan dengan sembelit.

  1. Ajar anak minum air kosong pada setiap hari. Jika anak tidak berminat dengan air kosong, kita sebagai ibu dan bapa boleh memujuk mereka dengan minum bersama-sama dengan mereka. Jika anak suka air sejuk berikan mereka air sejuk asalkan air itu adalah air kosong dan bukan air manis.
  2. Ajar anak makan buah-buahan. Lama-lama mereka akan terbiasa. Macam anak kak kenari bukanlah penggemar buah-buahan apalagi sayur-sayuran. Anak nombor 1 dan 2 sehingga hari ini hanya nak makan buah epal sahaja. Jadi memang kak kenari selalu beli buah epal.
  3. Ajar anak-anak minum 1 sudu minyak zaitun atau 1 sudu minyak kelapa dara seminggu sekali.
  4. Lain-lain makanan boleh beri anak minum jus buah atau jus sayur-sayuran kerana buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu sistem percernaan berjalan dengan baik.
  5. Ajar anak supaya lebih pandai memilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Beri mereka pengetahuan tentang makanan yang mereka makan. Jadi, mereka tidak akan memberontak atau protes jika kita tidak memberi mereka makanan yang tidak sihat.

Ok itulah dia tip-tip daripada kak kenari. Kak kenari memang praktis amalan ini sejak bersalin anak kak kenari yang ketiga. Di bawah kak kenari kongsikan gambar minyak zaitun dan minyak kelapa dara yang kak kenari dan anak-anak makan.

olive oil

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com