Tip Hidup Sihat

Betul ke Produk Shaklee Bahaya untuk Jangka Masa Panjang

Category: Tip Hidup Sihat Written by Kak Kenari / February 28, 2017
produk shaklee bahaya

Sejujurnya sebagai seorang manusia, memang kak kenari pernah terfikir produk shaklee yang kak kenari amalkan ini bahaya atau tidak untuk kesihatan kak kenari jangka masa panjang. Dan sebenarnya jika diikutkan elok lagi kita amalkan natural food daripada kita telan suplemen. Cumanya kak kenari ini tidaklah selalu berpeluang nak amalkan natural food sahaja. Jadi kak kenari memang pilih dua-dua kaedah ini iaitu amalkan natural food dan amalkan makan suplemen dan vitamin.

Kak kenari dah amalkan makan vitamin shaklee selama 4 tahun. Sebabnya seperti di bawah. Ada 3 sahaja.

  1. Harga yang berpatutan dan termurah dibandingkan dengan jenama vitamin yang lain. Contohnya B-complex Shaklee, Vitamin C Sustain Released dan Omegaguard Shaklee (minyak ikan). Lagi dapat penjimatan bila mendaftar jadi member shaklee.
  2. Jenama Shaklee sudah lebih 20 tahun di pasaran Malaysia. Belum bungkus2 lagi. ahaha.
  3. Lepas makan vitamin Shaklee, keadaan kesihatan kak kenari jadi lebih baik. Contohnya bila demam boleh terus makan vitamin c sustain released dan juga b-complex shaklee untuk kawal suhu badan supaya tak mencanak naik ke paras yang bahaya. Demam memang demam sebab sistem imun badan kita diserang oleh bakteria dan kuman. Itu satu contoh sahaja. Ada banyak contoh lagi.

Memang ada orang yang skeptikal dengan vitamin dan produk shaklee. Antara mereka ini terdiri daripada golongan yang amalkan vitamin jenama lain dan golongan yang langsung tak makan atau tidak amalkan apa-apa suplemen. Daripada pemerhatian kak kenari, ada beberapa sebab mereka skeptikal dengan vitamin dan produk shaklee. Berikut kak kenari senaraikan seperti di bawah, mitos dan fakta:

Mitos 1: Mereka ingat harga produk shaklee ini mahal.

Fakta: Harga produk shaklee adalah berpatutan. Contohnya vitamin C sustained released untuk 1 botol ada 180 biji dan harga pasaran rm92.50. Anda boleh kira sendiri 1 biji vitamin C belum pon sampai rm1. Itu ialah harga pasaran. Jika anda jadi ahli shaklee anda dapat diskaun lagi. Kalau anda merupakan seorang pengamal tegar vitamin C boleh hubungi kak kenari sekarang untuk daftar jadi ahli shaklee sebab anda akan dapat banyak kelebihan apabila anda mendaftar sebagai ahli shaklee.  Kak kenari jamin anda tak akan rugi walau satu sen pon setelah mendaftar jadi ahli shaklee.

Mitos 2: Produk Shaklee bahaya dan memudaratkan kesihatan sebab ada orang mati sebab makan produk shaklee.

Fakta: Setiap produk shaklee memang ada label tau pada botol dan bungkusan produk untuk dos yang dicadangkan setiap kali makan untuk 1 hari. Jika anda ikut arahan pada label, tidak akan berlaku perkara seperti kematian dan kemudaratan pada diri anda. Memang ada kes kematian, tetapi orang tersebut setelah disiasat sebenarnya telah mengambil dos berlebihan. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, hanya amalkan makan seperti yang telah dilabel pada vitamin. Jika tidak ikut arahan, risiko untuk diri anda sendiri.

Mitos 3. Mereka ingat kualiti produk shaklee sama sahaja seperti vitamin-vitamin jenama lain.

Fakta. Kualiti produk shaklee tidak sama seperti jenama-jenama yang lain. Produk-produk shaklee terhasil menggunakan sumber semulajadi alam seperti jagung, soya, anggur muscadine, lobak ungu, biji labu dan lain-lain lagi. Dari segi teknologi, produk shaklee seperti vitamin C sustain released, sememangnya sangat berbeza dengan jenama lain yang ada di farmasi dan kedai-kedai jamu. Sebab 1 tablet vitamin C shaklee melepaskan 100 mg vitamin C ke dalam badan setiap 1 jam dalam masa 5 jam dan dapat memberikan perlindungan selama 12 jam. Vitamin C ialah vitamin larut air dan berfungsi lebih baik jika dibekalkan air yang secukupnya. Jadi kita perlu minum banyak air. Minum banyak air akan buatkan kita kerap membuang air. Teknologi sustain released ini membenarkan vitamin C terus menerus dibekalkan pada tubuh kita dan ia tidak terbazir keluar melalui air kencing kita tu.

Mitos 4. Produk Shaklee tak best sebab tiada iklan di TV.

Fakta: Produk Shaklee ada landmark study tau. Jadi memang terbukti produk shaklee ni ialah produk yang berkualiti.  Shaklee ialah satu syarikat jualan langsung jadi memang tiada promosi atau iklan di mana-mana siaran TV.  Produk Shaklee juga tiada di jual di farmasi atau kedai-kedai jamu.  Jadi jika anda mahu membeli produk shaklee anda hendaklah menghubungi pengedar bebas shaklee yang berdaftar contohnya kak kenari

Okay.  Harap anda sudah jelas ya dengan penjelasan kak kenari.  Ini pengalaman kak kenari sendiri.  Jadi, jika anda sedang mencari vitamin yang terbaik buat diri anda mahupun keluarga dan kawan-kawan anda, jangan ragu-ragu lagi ya memilih jenama Shaklee.

Kak Kenari

0174556648

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com