Tip Hidup Sihat

Bulan Tidak Mengambang Tapi Aku Demam Juga

Category: Tip Hidup Sihat Written by Kak Kenari / March 3, 2017
mother-caring-for-sick-baby

Hari ini bulan tak mengambang pon. Lagipon baru awal bulan, bulan di langit ialah bulan sabit. Kak kenari bersin sakan malam ni. Tak tahan sangat akhirnya kak kenari ke dapur dan telan minyak kelapa dara 2 sudu. Inilah khasiat minyak kelapa dara ni. Bukan saja-saja nak telan tau.

Minyak kelapa dara merupakan antikulat dan mampu membunuh bakteria jahat dan virus yang terdapat dalam badan kita.

Kak kenari tau dah petanda-petanda yang akan jadi bila selalu bersin ni. Bila kerap bersin sudah tentu dengan pakej sakit tekak. Adui, sabar saja la menghadapi rasa tak selesa ni.

Selepas telan minyak kelapa dara 2 sudu, hidung kak kenari masih tetap gatal-gatal. Rasa macam ada ulat dan cacing tengah berjalan-jalan atas muka ini. Dan seterusnya, terpaksa pula kak kenari telan minyak zaitun palestin sebab rasa sakit tekak pula.

Minyak zaitun berfungsi sebagai antiseptik. Ia juga boleh membunuh bakteria dan virus dan meningkatkan imuniti badan kita.

Sekarang ialah awal bulan, baru sudah newmoon atau bulan gelap. Masa bulan gelap ni dikatakan parasit belum lagi mengawan, jadi elok kita amalkan minum minyak kelapa dara dan minyak zaitun untuk melemahkan parasit-parasit yang ada dalam badan kita. Jadi tak sempatla parasit dan cacing-cacing tu mengawan sebab mereka sudah dilemahkan dan mereka akan mati.

Walaupun kak kenari sudah ambil minyak zaitun palestin sebanyak 2 sudu besar dan rasa lega sedikit sebab bersin dan sakit tekak berkurang, tetapi masih belum rasa selesa sepenuhnya. Itu tandanya imun badan kak kenari harus ditingkatkan lagi supaya rasa bersin dan sakit tekak cepat baik. Lagipun Nazmi, anak kak kenari yang kecil berumur 2 tahun 3 bulan juga sedang demam dan sakit tekak. Jadi, Kak kenari tentulah kena sembuh dan cepat sihat, barulah senang nak jaga anak-anak.

Nazmi berulang kali batuk. Suhu badan pon masih panas. Untuk rawatan natural secara dalaman kak kenari berikan nazmi 3 ml minyak zaitun palestin dengan menggunakan syringe. Walaupun nazmi menangis tidak mahu minum minyak zaitun, dia tetap minum juga perlahan-lahan sehingga habis. Part nazmi menangis ni sebagai seorang ibu terpaksa kak kenari kuatkan hati dengar dia melalak :D . Nazmi ada juga muntah semasa minum minyak zaitun ni. Kak kenari just tukar baju dan seluar dia yang terkena muntah selepas kak kenari habis suap minyak zaitun kepada nazmi. Muntah juga bagus sebab parasit yang ada ditekak Nazmi ikut keluar sekali :)

Suhu badan nazmi masih demam iaitu 37.5°C bila kak kenari cek dengan termometer di rumah kami. Walaupun bacaan termometer tidak menunjukkan warna merah tetapi bacaan suhu kurang memuaskan. Ini menunjukkan imun badan nazmi harus ditingkatkan lagi supaya demam dia cepat sembuh. Ikutkan mudah, kak kenari boleh beri nazmi paracetamol sahaja sebab memang ada spare juga dalam peti ais. Tetapi kak kenari memilih untuk merawat nazmi secara natural dulu.

Untuk menurunkan suhu badan nazmi yang masih panas, Kak kenari hanya tuam dengan kain sudah kak kenari basahkan dengan air bercampur satu sudu apple cider vinegar jenama bragg. Alhamdulillah beberapa minit selepas tuam dengan kain tersebut, suhu badan nazmi turun sedikit. Untuk mengekalkan suhu badan yang tidak tinggi kita mesti rajin tuam badan anak kita. Cara ini agak leceh kerana ia perlu dilakukan dengan kerap namun ianya adalah cara yang selamat.

Pernah juga kak kenari minta suami minum air apple cider campur segelas air suam masa dia sakit tekak. Esoknya tu terus sakit tekak husband hilang dan dia sangat teruja selepas tu . Kata dia makan ubat pon kesannya tak secepat minum air apple cider ni. Kak kenari cuma tersenyum☺️

  • Apple cider vinegar merupakan antivirus, antikulat, antibakteria dan antiseptik serta mampu membunuh pelbagai kuman. Ia juga bersifat natural antibiotik.
  • Ia mampu menyembuhkan alahan, jerawat, kolesterol tinggi, sakit sendi, kehilangan berat badan, sakit sendi, arthritis, gout, kelemumur, keletihan, candida, sakit tekak, jangkitan gusi, jangkitan sinus, selsema, asid refluks, kejang kaki, jangkitan telinga dan mengurangkan diabetes.
  • Walaupun ia adalah cuka berasid tetapi apabila kita mengambilnya, ia mempunyai kesan alkali dalam badan kita.
  • Apple cider vinegar tidak boleh diambil begitu sahaja. Cara betul pengambilannya ialah 1 sudu apple cider vinegar dicampur dengan 1 cawan air yang kemudian diminum.
  • Untuk rawatan bagi anak-anak kecil dibawah umur 6 tahun, apple cider hanya diberikan pada bahagian luaran iaitu dengan mencampurkan 1 sudu apple cider vinegar dengan 1 mangkuk air dan rendamkan 1 kain kecil kemudian kain tersebut dituamkan perlahan-lahan pada badan anak. Tujuannya ialah untuk menurunkan suhu badan yang panas.

Cara lagi satu, apabila nazmi tidur, kak kenari akan buat balut kaki nazmi dengan ACV sock. Biasa kak kenari buat sebelah kaki sahaja kerana nazmi tak suka kak kenari balut kaki dia. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah yang akan merangsang sistem imun. Kelenjar peluh pada tapak kaki kita mempunyai kepekatan yang tinggi daripada seluruh badan kita dan memakaikan kaki nazmi dengan ACV socks dapat membantu dalam pembebasan haba. Jadi panas dalam badan nazmi akan ikut keluar perlahan-lahan, barulah nazmi boleh cepat sembuh.

Nazmi jarang sangat demam. Kali terakhir dia demam ialah 5 bulan yang lalu. Sebelum dia demam ni, kak kenari perasan juga nazmi beberapa kali kerap makan makanan seperti vitagen, gula-gula dan snek coklat yang diberikan oleh orang lain. Kadang-kadang pak mertua dan mak mertua yang bagi walaupun sudah diberitahu. Adui, sudah namanya budak-budak memang makanan sebegitu menjadi kegemaran. Kak kenari memang tak pernah belikan nazmi vitagen, gula-gula dan snek coklat kerana nazmi ada eczema semasa bayi. Pemakanan Nazmi agak terkawal sejak dari bayi lagi sebab jika Nazmi memang seorang yang alergi. Nazmi satu-satunya anak kak kenari yang kak kenari berpantang makan makanan-makanan tidak sihat kerana nazmi masih menyusu badan dengan kak kenari. Kak kenari mahu eczema nazmi sembuh sebab eczema merupakan tanda imun badan kita pada tahap yang lemah. Nazmi ada candida overgrowth semasa bayi disebabkan kak kenari suka makan manis-manis. Bila tengok nazmi naik merah-merah dan hanya cara natural paling selamat untuk merawat nazmi, kak kenari mula berpantang makan macam-macam juga kerana menyusukan nazmi sepenuhnya ketika umur nazmi dibawah 6 bulan.

Ok berbalik cerita kak kenari tadi, Kak kenari masih belum rasa selesa sepenuhnya walaupun sudah ambil 2 sudu minyak kelapa dara dan 2 sudu minyak zaitun palestin. Itu tandanya parasit-parasit dalam badan kak kenari lapar tu dan mereka tengah menggelupur tu nak makan fast food, gluten food dan makanan-makanan yang manis-manis. Adui, geram sungguh. Kak kenari kena cari jalan untuk melemahkan parasit-parasit ni. Caranya mesti tingkatkan lagi imuniti badan kak kenari. Ya, ia adalah cara yang paling mudah. Ambil vitamin C shaklee sebanyak 3 biji dan telan dengan 1 gelas air.

  • Vitamin C sustained released setiap 1 tablet mempunyai 500 mg vitamin C.
  • Setiap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan.
  • Vitamin C akan dilepaskan berturutan selama 5 jam dan dapat bertahan selama 12 jam.
  • Antara fungsi vitamin C ialah meningkatkan imunisasi badan.

Kesannya, bangun pagi esok kak kenari sudah sembuh sepenuhnya. Bebas daripada demam, sakit tekak dan selsema. ya, rasa syukur dan gembira sangat.

Nazmi masih demam lagi. Suhu badan nazmi ialah 37.3°C. Nazmi masih perlu diberikan minyak kelapa dara atau minyak zaitun palestin supaya parasit-parasit dalam badan nazmi jadi semakin lemah dan terus mati. Kak kenari terpaksa emergency leave hari ni untuk jaga nazmi.

Anda juga boleh cuba ya macam kak kenari untuk rawat demam, sakit tekak dan selsema.

Nak order vitamin C shaklee boleh whattsapp kak kenari sekarang. Klik link dibawah 

whattsapp0174556648

 

 

 

 

 

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com