Tip Rumah Sentiasa Bersih

Mesin Pengering Pakaian atau Dryer Terbaik di Malaysia

Category: Tip Rumah Sentiasa Bersih Written by Kak Kenari / April 30, 2018

Memiliki sekurang-kurangnya seorang pembantu di rumah pastinya dapat meringankan tugas seorang isteri di rumah. Persoalannya, siapakah pembantu rumah tersebut? Jangan nak gebang pembantu itu ialah isteri kedua pulak ye. Please suami2 jangan nak menggatal bila isteri yang seorang pon kau tak dapat penuhi permintaannya! Ok, tahun ni setelah 10 tahun kak kenari menjadi seorang isteri, alhamdulillah kak kenari berjaya dapatkan seorang pembantu dari Poland untuk keringkan baju kak kenari sekeluarga. Kak kenari memang gembira dan senang hati dengan mesin pengering baju atau dryer machine ini. Dengan adanya dryer machine ni memang sangat membantu dan dapat menjimatkan masa. Berikut kak kenari senaraikan kebaikan dryer atau mesin pengering baju ini:

  1.  Tidak perlu lagi jemur baju di ampaian.
  2.  Tidak perlu lagi angkat baju di ampaian.
  3. Tidak perlu lagi ke kedai dobi layan diri untuk keringkan baju. (Sebelum adanya dryer ini, tiap-tiap minggu kak kenari ke kedai dobi layan diri untuk keringkan baju. Terpaksa angkat 3-4 bakul baju untuk 3-4 hari punya baju daripada kereta ke dalam kedai dobi layan diri. Bakul baju yang masih lembap adalah berat. Jadi berat macam mana pun terpaksa angkat juga sorang2 lagi.)
  4. Masa yang digunakan untuk jemur baju di ampaian atau angkat baju daripada ampaian boleh digunakan untuk buat benda lain. (Contohnya, boleh sapu lantai di rumah, boleh mop lantai, cuci bilik air, boleh masak, boleh ke kedai beli bahan mentah nak masak. Atau kalau aktiviti yang lain yang lebih lagho tu boleh tengok TV, boleh belek telefon. Hahaha)

Ok itu ialah antara 4 kebaikan memiliki dryer baju di rumah kita. Dan dryer yang kak kenari beli ni adalah jenis heat pump dryer jenama electrolux berkapasiti 8 kg. Dryer baju ni harganya boleh tahan. Tapi sebab hati sudah berkenan sangat dan kebetulan waktu kak kenari beli tu tengah ada offer best dan sememangnya tidak dinafikan juga kak kenari di beri konsultasi yang baik punya daripada seorang sales consultant di kedai elektrik tersebut jadi kak kenari terus rasa berbaloi-baloi kak kenari beli dryer baju electrolux ni. Sebelum kak kenari beli dryer baju electrolux ni kak kenari sudah 3 bulan sebenarnya survey dryer baju mana paling terbaik yang kak kenari patut beli. Dan sudah gebang dengan 4-5 sales consultant yang jual dryer ini dan tahap pengetahuan mereka juga berbeza-beza dan tentulah kak kenari juga google pasal mesin dryer baju ini. Iyalah sebab dryer baju ni ada banyak jenis  iaitu vented, condenser dan heat pump. Harga pon berbeza. Ada mahal dan tidak berapa mahal.

  1. Vented – mesin dryer seeloknya letak di luar rumah sebab air daripada baju yang lembap akan tersejat menjadi wap air dan dialirkan terus keluar rumah. Jika mesin ini diletakkan di dalam rumah, satu saluran perlu dipasang pada mesin tersebut untuk menyempurnakan proses pengeringan baju bagi mesin jenis vented dryer ini.
  2. Condenser – mesin ini boleh diletakkan di dalam rumah kerana wap air daripada baju yang lembap akan disalurkan ke dalam bekas yang telah disediakan.  Wap air akan masuk ke dalam bekas yang telah disediakan dan satu proses pemeluwapan akan berlaku menyebabkan wap air berubah menjadi cecair. Cecair atau air di dalam bekas ini haruslah dikosongkan setiap kali selesai proses mengeringkan baju.
  3. Heat pump – Fungsi heat pump sama dengan fungsi condenser dryer. Perbezaannya ialah heat pump ini mempunyai satu slot compressor seperti yang terdapat pada mesin penghawa dingin atau aircond. Jadi, heat pump dryer ini boleh mengitar semula dan memanaskan semula udara di dalam mesin pengering daripada membebaskan udara panas ke luar seperti condenser dryer. Dengan mengitar semula udara yang dipanaskan di dalam mesin pengering, teknologi heat pump ini dapat mengurangkan haba pada mesin pengering dan menyejukkan kembali mesin pengering sepertimana sebuah aircond atau mesin penghawa dingin berfungsi. Dan perbezaan lain antara heat pump dan condenser ialah heat pump lebih senyap dan lebih menjimatkan penggunaan elektrk. Persamaannya pula, heat pump masih sama dengan condenser kerana bekas yang menampung air daripada baju lembap yang dikeringkan perlu dibuang setiap kali selesai proses mengeringkan baju. Kotoran daripada baju yang dikeringkan juga perlu dibersihkan setiap kali selesai proses keringkan baju.

Ok jadi antara ketiga-tiga jenis mesin pengering baju ni, mesti juga perlu penelitian dari segi harga:

  1. vented dryer paling affordable price dan boleh dimiliki oleh ramai orang sepertimana setiap rumah harus memiliki sebuah mesin basuh baju atau washer. Harganya antara rm800-rm2000 megikut kapasiti kilogram yang dijual. Lebih berat lebih tinggi harga vented dryer tersebut. Biasa untuk tahun 2018 ini, yang kak kenari tengok, harga untuk 7.5 kg dryer jenama electrolux ialah dalam rm1800.
  2. condenser biasa kapasiti yang dijual ialah untuk 8 kg dan berharga dalam rm2500-rm3000. Ada jenama lg, beko, electrolux, daewood, samsung, bosch. Biasa jenama-jenama selain daripada electrolux hanya ada di kedai elektrik yang besar . Kalau kat penang ni selain senq dan harvey norman, kedai elektrik seperti sec, wan ah bee, ban hin bee pon ada jual dryer ini. Kak kenari tengok harga pun cuma beza dalam rm100 ke rm200. Servis yang diberikan selepas pembelian juga ada diberikan sama ada daripada kedai elektrik tersebut ataupun daripada syarikat jenama barang yang kita beli itu. Kalau mahukan warranty yang lebih lama mestilah kena beli warranty daripada kedai elektrik tersebut.
  3. heat pump harganya pasti lebih mahal daripada condenser dan berharga bermula daripada rm3000 dan seterusnya mengikut kapasiti kilogram yang dijual. Biasanya boleh di dapatkan daripada dryer yang berkapasiti 8 kilogram. Kalau 9 kilogram harga pon lebih tinggi lagi.

Ok yang itu sahajalah maklumat-maklumat yang kak kenari boleh kongsikan. Lagi satu elok kita beli jenama yang ramai orang malaysia ni pakai sebab jika berlaku kerosakan senang nak panggil technician datang repair dan alat-alat ganti atau sparepart mudah di dapatkan. Iyelah dryer ini ialah teknologi omputeh, diorang yang cipta mesin dryer ini. Tapi kita sekarang tinggal kat malaysia, mestilah apa-apa pun hanya dalam malaysia saja. Rosak ke nanti kita nak hubungi orang-orang dalam Malaysia juga. Kak kenari memang cadangkan jenama electrolux daripada jenama-jenama yang lain sebab hasil gebang kak kenari dengan sales consultant kat kedai itu dia pun recommend beli jenama yang ramai orang pakai. Dan lagi satu, electrolux ni jenama daripada Poland jadi teknologi dia memang sudah dijamin terbaik dan traditional turun temurun. Sebab kalau brand selain daripada electrolux, seperti lg jika rosak cara membaikinya tidak sama dengan electrolux sebab brand lg bukan berasal daripada europe dan ia adalah jenama yang diasaskan di korea.

ok inilah dia video mesin dryer baju kak kenari. Kak kenari bagi 4.5 bintang! gambar video daripada luar sahaja. hehe.. tapi dalam dia pon best sebab cantik je. tak taula sebab baru beli kot. drum dia bagi kak kenari lawa jugakla compare drum jenama yang lain tu. tapi sebelum ni kak kenari berkenan sangat drum jenama bosch sebab ada banyak lubang dan drum dia nampak fantastic macam kat kedai dobi. tapi sales consultant tu bagitau kak kenari yang kedai dobi layan diri yang best-best tu diorang punya mesin yang gred bagus punya dan memang untuk business. Modal diorang memang dalam ratus ribu juga sebab tu mesin kat kedai diorang best, baju 8 kg dalam setengah jam pun boleh kering cepat. Untuk rumah punya sampai 2 jam baru kering, hehe.. tapi takpala kita beroperasi di rumah saja dan sambil-sambil tu boleh kemas rumah :)

Thank for sharing!

About The Author


Kak Kenari

♥ Jannah | Gelugor, Balik Pulau ♥ Working Mother & Wifey ♥ Love Breastfeeding & Healthy-Beauty Life ♥ Your Shaklee Independent Distributor (ID 910562) ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 017-4556648 ♥ Email: kenariputih9727@gmail.com